Bahan
Kepala ikan merah
[boleh juga gunakan ikan lain]
Bahan Dimesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 inci kunyit hidup
Bahan Sos
1 camca makan kerisik
1 cawan air asam jawa
500ml air
Bahan sampingan
1 biji tomato buah [belah 4]
Kacang bendi [ikut suka nak banyak mana]
2 camca makan minyak
garam & gula
Bunga kantan
Daun Kesom
Cara
1. Ikan dibersihkan
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua dan daun kesom
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa, kerisik, air dan buah tomato serta kepala ikan.5. Setelah agak mendidih, masukkan kacang bendi & tambahkan perisa mengikut citarasa masing-masing
6. Masak hingga mendidih.
No comments:
Post a Comment