26 December, 2012

Percutian Dalam Hujan...

Dah musim tengkujuh sekarang ni kat pantai timur...kat dalam tv dgn radio, amaran banjir dah dibuat...

So kepada semua yang tinggal di pantai timur dan juga di selatan tanah air, serta yang rumah dekat kawasan rendah tu, hati-hati dan waspada selalu ya...

Actually, aku pun baru je balik dari pantai timur ni. Balik ke Terengganu my hubby hometown. Aku balik malam Jumaat aritu 21/12/2012...(konon2 hari doomsday si kafir tu...). Aku balik lepas waktu pejabat, dalam pukul 5.20 macam tu. Kat KL waktu tu hujan juga, tapi sikit2 ja...tapi bila masuk ke area Kuantan dan seterusnya, memang hujanlah...walaupun tak lebat tapi memang sepanjang jalan sampai ke Taman Chendering Utama tu, hujan.

Aku ni pu sekarang ni macam nak demam tak demam. Yalah, beberapa hari di pantai timur nun, tiap-tiap hari aku meredah hujan. Tidur malam pun macam tidur dalam aircond...sejuk giler. Hidung pun memang dah selesema ni...kepala pening-pening...

Aku di Kuala Terengganu sampai 23/12/2012 je...lepas tu aku sambung cuti di Kemaman, tidur kat Awana Kijal...tapi biasalah, hujan ja...so banyak aktiviti yang tergendala...
Ni gambar dari bilik penginapan aku...tengok ombak tu...kuat giler...kolam mandi pun ditutup sebab hujan...
Tingkap yang berkabus sebab cuaca terlalu lembap dan sejuk


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/