Ha...kan aku cerita hari tu member aku kat opis ni dapat transfer ke JB. So sekarang ni, start ari ni aku dapat new colleague. Budak baru, new intake.
Sebelum ni, aku ada berharap, agar kalau aku dapat colleague yang baru, biarlah lebih baik dan lebih rajin serta lebih bertimbangrasa berbanding partner aku dulu.
Tapi...hua budak baru ni lagi teruk...sampaikan keburukan dia menampakkan betapa bagusnya partner aku yang pindah ke JB tu. Dari segi kerja, aku pejamkan mata sebab dia budak baru. Banyak lagi yang perlu dia belajar. Setakat ni dia memang blur sungguh. Setiap apa yang aku ajarkan, dia buat catatan. But then, semau dia tak ikut.
Ada banyak kejadian yang aku nak marah dan meninggi suara...(selalunya aku/memang jarang sangat pun nak buat benda tak berfaedah ni...marah/meninggi suara)
kejadian 1.
Kat opis aku ni semua pakai sistem e-filing (paperless). So setiap dari kami ada ID dan password masing-masing. Sebab budak ni baru lagi, aku pun bagi dia gunakan ID dan password aku. Aku tulis dekat satu post it lagi. Dia pun siap catat kat but 555 dia ID dengan password aku(buku notalah tu). But then apa korang tahu? Nasib baik aku ada kat situ waktu tu. Nyaris-nyaris ID aku kena block. Dia boleh masukkan menda alah apa aku pun tak tau sampai kena amaran ID aku akan diblock kalau ada satu lagi kesilapan.
So persoalannya, takkan dah hilangkan post it yang aku bagi kat dia dan kenapa tak rujuk catatan yang dia buat?
Kejadian 2.
Aku suruh dia bawa masuk buku catitan dengan fail kes ke dalam bilik perbincangan/chamber. Boleh dia bawa masuk dan longgok atas meja bos aku. Fuhh nasib baik aku masuk check dulu. (Padahal aku dah bagitahu suruh letak atas meja kita orang). Kalau bos aku masuk dan nampak fail penuh atas meja dia, mau kelat muka
Kejadian 3.
Selalu masuk lewat dan buat kerja yang tak penting dengan tugasan
Kejadia 4.
Baru saja sekejap tadi dia maklumkan kat aku dia akan bercuti setiap hari Isnin. Alasan sebab nak balik kampung di Pahang setiap minggu.
Aduhai...susahlah aku kalau macam ni punya attitude pun ada...
Okay, ni baru beberapa hari aku dengan dia...i just want to wait and see...
No comments:
Post a Comment