06 June, 2012

Zuriat/Cahayamata/Anak...

Entahlah...semalam aku terbaca satu post dalam fb, seorang suami yang mengeluh kerana tidak dikurniakan dengan cahayamata walaupun telah 9 tahun berkahwin. Dia melahirkan rasa rindu pada pengalaman untuk menjadi seorang ayah...Sebenarnya aku turut simpati dan sedih bila baca post tu. Dan ianya juga buat aku terfikir, apakah agaknya perasaan suami aku...kerana kami juga masih berdua sampai saat ini walaupun telah hampir 12 tahun mendirikan rumahtangga.

Sebagai seorang wanita dan isteri, aku akui, kadangkala aku agak takut melayani perasaan dan kehendak ini. Siapa yang tidak mahukan zuriat sendiri. Sebagai wanita/isteri, terlalu berat bebanan ini untuk aku atau mungkin wanita/isteri lain yang mengalami nasib sama seperti aku. Sepertimana aku, sampai kini aku masih mencari di mana silapnya aku...ujian ini terlalu besar untuk aku...kononnya...

Lalu aku kembali kepada fitrahku sebagai hambaNya...kalau Allah SWT tidak mengizinkan aku memiliki zuriat sendiri bersama suamiku, siapalah aku untuk melawan takdir yang telah ALlah tentukan. KIta boleh berusaha, biar sampai kering darah di seluruh urat dan sendi tubuh, namun kalau Allah SWT tidak mengizinkan...siapalah aku untuk meminta yang lebih-lebih lagi, sedangkan dikurniai dengan nyawa untuk hidup dengan sihat dan gembira sehari lagi pun sudah besar rahmatNya. Aku redha dengan segalanya...

Suamiku? Dia juga kuyakini sama sepertiku. Malah dia yang melarang aku menyebut segala kekurangan ini. Melarang aku dari bersungut betapa rindunya aku pada suara si kecil dalam hidup kami. Katanya...kalau Allah izinkan kami memiliki biarpun seorang zuriat, Dia akan merahmati kami tidak kira lama atau baru kami berkahwin, dan sekiranya Dia tidak mengizinkan kami biarpun seorang zuriat, itulah juga kehendakNya...Lalu siapalah aku untuk terus merintih dan bersedih dengan keadaan ini?

Cuma pandangan, bicara orang sekeliling kadangkala agak dangkal kurasa. Tiada salahnya kami dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Cuma rezeki kami bukan dalam bentuk anugerah zuriat. Mungkin mereka tidak tahu, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak tahukah mereka bahawa sampai kini aku dan suamiku, malah mungkin juga pasangan suami isteri yang tidak dikurniai zuriat seperti kami, rumahtangganya lebih harmoni, lebih bahagia, lebih penuh dengan kasih sayang...

Dan pagi ini semasa memandu untuk ke pejabat, aku terfikir...mungkin Allah SWT tidak mengurniai kami dengan zuriat kerana mungkin sekiranya kami mempunyai zuriat, kami tidak dapat menjadi ibu dan bapa yang baik kepada zuriat kami. Mungkin kasih sayang kami tidak akan berkembang seandainya ada orang ketiga (zuriat) antara kami. Aku sedar, aku dan suamiku bukanlah hambaNya yang benar-benar bersedia untuk melahirkan anak yang benar-benar soleh/solehah dan tawadduk kepadaNya...

Namun, walau apapun yang aku fikirkan...harapan dan doa tidak pernah aku putuskan kepadaNya...kerana di satu sisi yang lain, aku tahu, aku ingin dan boleh menjadi ibu yang pengasih dan suamiku ingin dan boleh menjadi ayah yang penyayang dan bertanggungjawab kepada zuriat yang entah bila akan aku miliki...atau mungkin tidak akan pernah dalam hayat ini...aku redha...segalanya hanya Allah SWT yang tahu...semoga ujian Allah ini akan tabah aku dan suamiku lalui...

05 June, 2012

Sup Sayur & Croutons

Hehehe...sup sayurku yang kubuat 2 -3 minggu lepas. Bukan nak puji diri sendiri, tapi memang sedap. Yalah...mana ada sup yang tak sedap. Nak membuatnya pun senang...Croutons tu pula aku just bakar sampai garing roti Gardenia...hiris kecik2, then bakar sampai garing...fuhhh cair selera...Sesuai utk orang yang berdiet ni...

Bahan2 yang aku guna: -
1. Carrot
2. Sawi Putih
3. Cendawan Tiram
4. Cendawan Butang
5. Kubis
6. Kiub ayam maggi
7. Bawang putih
8. Bawang Besar
9. Halia
10. Mixed herbs - oregano, thyme, basil dll
11. Serbuk cili
12. Air
13. Kentang
14. Tauhu Kering(?)...entah aku pun tak tahu nak panggil apa...hehehe...



Caranya: - Aku rebus jek semua bahan2 sampai masak...tapi aku rebus dulu carrot dengan kentang sampai masak dengan bahan perisa dan herbs...lepas tu baru aku letak sayur...actually selain croutons, sedap juga kalau makan dengan bihun or mee...dengan nasi pun boleh...kalau diet, makan sup saja pun tanpa croutons pun sodap...hehehe



Pavlovaku Yang Jadi Biskut

Actually beberapa minggu lepas aku try buat pavlova...so dengan semangatnya aku buat pattern cantik gila la kononnya. Sekali guna oven baru, api tak faham lagi nak adjust...nah kau, sekali keluar, dah jadi biskut...tapi sedaplah juga...rangup jek...hehehe...tapi aku malas nak try buat pavlova dalam masa terdekat ni...tak tahan manislah...Tambah pula kononnya nak tukar selera, aku ganti whipped cream dengan white chocolate...gatai tangan sungguh...


Muslimah Swimsuit

Hehehe...semalam aku tempah 1 lagi swimsuit untuk aku setelah dapat permission dari Encik Hubby. Actually aku dah ada satu sebelum ni, tapi sejak dua menjak ni berat badan aku dah turun(?...yalah tu)...sikit ja yang turunnya, tapi baju tu dah jadi tak berapa nak selesa....seluar menggelebeh sakan sebab baju tu aku
tempah ikut saiz badan...
Ini baju renang aku yang lama...aku suka sebab tertutup dan sopan. Walaupun aku bukannya pandai berenang, tapi aku suka lepak dalam kolam renang...hahaha...sesekali jadi dugong. Masalah dengan hotel kat mesia ni, sometimes, hotel yang cikai tu punyalah strict kalau nak masuk soming pool, mesti pakai swimsuit...yang aku heran kalau pi 5 start tak dak pula depa nak teguq dan marah kita...

Apapun, sejak aku beli baju ni tahun 2010, dah banyak kolam renang yang aku mendugongkan diri...lagipun cepat kering...








Kat bawah ni swimsuit yang aku baru tempah semalam dari islamicbajurenang.blogspot.com...tempat aku beli baju mandi yang dulu juga...aku suka sebab design dia macam-macam...saiz pun banyak pilihan...
cantikkan...nampak sweet ja...So ari Ahad ni nak gi jenjalan kat Langkawi bolehlah aku try baju renang baru...harap-harap dapat sampai baju ni sebelum ari Ahad ni...tapi akak tu kata sempat...harap2lah...

Aku ni sebenaqnya tengah bengang gila dengan sorang hamba Allah ni. Actually dari semalam lagi aku bengang dgn makcik ni. Mangkuk hayun betullah. Umuq dah bakal bergelar warga emas, tapi tak belajaq-belajaq lagi etika kerja. Selama ni aku pendam ja apa dia buat, marah pun dalam hati. Tapi semalam memang aku lepaih sungguh...

Bukan aku tak perasan, selama ni kalau bersembang atau buat apa-apa yang mendatangkan faedah atau dia jadi tajuk utama, huih dengan bangga dan banyak mulut dia cerita. BIla kita start nak buka mulut cerita tentang hal kita, terus ja dia buat-buat mengantuklah, lapaqlah...lama dah aku dok ushar perangai dia ni.

Tentang kerja pula, aku lagi perasan perangai dia. Kalau nak bilang ikut jari tangan dengan kaki, dah memang tak cukup nak bilang berapa banyak dia maki hamun, sumpah seranah orang. Tak kiralah dalam telefon ka, dalam sms ka ataupu secara berdepan. Aku memang bengkek ja bila dia marah orang yang tak tau apa-apa. Dah banyak kali lawyer's dispatch atau clerk yang kena hambuq dengan dia. Masalahnya, kalau hang nak teguq orang, teguqlah pada orang yang sebenaq. Bebudak dispatch tu cuma tukang hantaq surat ja.  Apa yang depa tau. Lagi satu, marah orang, maki hamun orang, tu bukan cara kita nak perbaiki tahap kerja depa. Depa pun manusia macam kita juga. Bukan semua benda kita tau buat kalau tak dak orang tolong ajarkan.

Lagi satu perangai makcik ni, kalau ada benda yang akan mendatangkan faedah kat dia, laju ja dia contact orang tu, contact orang ni suruh bawa itu ini. Ha ni lah bendanya yang aku seranah dia semalam. Aku pun dah tak tahan dah. Cerita dia camni...kan aku cerita aritu aku dapat projek, sebab aku ni tak maulah makan sorang diri, aku pun bagi half share kat dia. Masa nak deal dengan client, semua dia suruh aku, takpalah aku sabaq lagi. Lepas tu bila nak buat surat nak minta collection, kerja dia tak siap lagi, sibuk suruh aku call client utk buat payment. Takpalah aku call. Dalam pada dok buat kerja tu, dia boleh telefon client marah-marah kata kes depa menyusahkan dia. Haiyo makcik, kalau tak mau buat, bagi kat akulah, aku boleh sub kat orang lain...tak yah marah client.

Oklah, bila kerja dah siap, aku siap beberapa hari sebelum dateline lagi, yang dia, hari dateline pun masih terkatik-katik nak siapkan kerja, aku pun faxkan surat utk final payment dari client. Okaylah sebab next day tu client datang dan bagi cek utk kerja yang dilangsaikan. But semalam, client tu call aku, minta aku faxkan semula surat yang aku hantar sebab dia orang tak clear salah satu mukasurat. Sebab surat tu ada kat dia, aku pun minta dia cari dan bagi kat aku. Dia boleh kata, nantilah esok-esok, kak...(tut) malas nak cari...

Aku apa lagi, hanginlah satu badan. Tak syoklah kalau client kata oh waktu nak duit, kerja tak siap lagipun dok berulangkali telefon, bila duit dah dapat, nak minta tolong buat satu benda remeh pun bertangguh. Tak syoklah aku dia buat camtu. Aku tak mau bagi satu pandangan yang buruk pada client aku. Aku soundlah dia...'semua susah, nak minta tolong pun susah, susah nak buat kerja macam ni, pakai otak sendiri saja...'.

Hari ni, dia langsung tak teguq aku. Tapi ada aku peduli. Lagipun dia pun dah nak berambus pi tukaq tempat lain. La ni pun masa lunch time ni, aku tak tau dia dah pi mana...ada aku kesah...tak padan dengan orang tua, perangai macam budak budak. Bukan orang tak kenai dia, semua bebudak kat opis ni takut kat dia. Kalau marah orang, lupa diri. Bila dia kena marah balik...sentot macam nak mampus...Tak larat aku nak layan perangai orang tak professional camtu.

Patutnya makin tua makin sedaq diri, ini tak, makin tua makin menjadi...buat amal tunggang terbalik pun kalau ramai orang dok sakit hati, dok rasa teraniaya kerana hang tak boleh juga...

Apapun, aku doakan semoga perangai hang yang pentingkan diri sendiri dan jelak tu akan berubah dan semoga kehidupan hang akan lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT, semoga hang bahagia dunia dan akhirat...

(aku rasa ni first time aku seranah orang dekat opis...tak rasa best pun)


Tudung bawal gaya baru - Subang style



Gaya ni pun nampak menarik. Kalau brooch anting-anting tu pakai gi kenduri kawen...mau menangis mak jenab tengok...thanks to Farhah Ruslan...

How to wear bawal scarf - Hana Tajima style



Ini satu lagi stail yg aku suka. Thanks utk tutorial by adik Shafika Eliza Sani kat atas ni...

Tudung Bawal/ Square Hijab Tutorial - Kiena Suhaimi


Hehehe...sebenaqnya aku tengah nak try pakai tudung camni...nampak cantik la plak...lagipun banyak tudung bawal aku yg masih tersimpan dlm almari tu...
Thanks la pada adik ni yg sudi share cara nak memakainya...

04 June, 2012

The Best Dance Ever (Makes You Cry)



Bila tengok video ni...rasa terharu dan bangga...dengan kekurangan yang ada, mereka menari seolah-olah tiada apa yang dapat menghalang mereka. Seolah-olah satu pesan pada kita yang sihat tubuh badan, tiada yang mustahil dalam hidup untuk kita mencapai kejayaan...usaha itu perlu

01 June, 2012

TERIMA KASIH IBU



AJAIBNYA TANGAN IBU...

Ketika kita lapar...tangan
ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan
ibu yang memberi
minuman,
Ketika kita
menangis...tangan ibu
yang mengesat air mata,
Ketika kita
gembira...tangan ibu
yang menadah Syukur,
memeluk kita erat
dengan deraian air mata
bahagia,

Ketika kita dilanda
masalah..
.
tangan ibu
yang membelai..
Ketika kita
mandi...tangan ibu yang
meratakan air ke seluruh
badan,membersihkan
segala kekotoran,
Ketika kita
mengantuk...tangan ibu
yang dodoikan
dengan penuh kasih
sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua &
kelaparan...
tiada tangan dari anak
yang menyuap,
Dengan tangan yang
menggeletar,
ibu suap sendiri makanan
ke mulut dengan linangan
air mata,
Ketika ibu sakit...di mana
tangan anak yang
ibu harapkan dapat
merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu
terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak
dimandikan...
di mana tangan anak
yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah
ibu buat kali yang
terakhir.

Tangan ibu, tangan
ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan
kasih...
Boleh membawa ke
Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi
bertemu Illahi & takkan
kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah
mereka selagi masih
berkesempatan...
   

(actually, aku sedih...aku tak ada gambar emak aku yang dapat aku tunjukkan di sini sebab aku tak sempat nak scan gambar arwah mak banyak2. Tapi insyaallah aku akan scan kemudian...lagi satu, aku tahu kami sekeluarga tak pernah mengabaikan arwah mak, kasih sayang kami senantiasa mengiringi mak. Semoga arwah mak tenang di sisi Allah SWT di sana kerana aku tahu, mak insan yang terpilih di sisiNya...Makkah 1999)
Shared by: Suazira
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/