13 February, 2013

HOLIDAY @ Chinese New Year

Alhamdulillah...syukur sangat...sebelum tu, kepada rakan-rakan berbangsa cina yang menyambut tahun baru cina...gong xi fat cai


Dan sebagai negara yang mempunyai multi racial...yea...rakyat Malaysia berbilang kaum, semuanya dapat bercuti dan sama-sama merasai suasana tahun baru cina...

Aku? Apa lagi...balik kampung jugaklah...inilah peluang beb...time cuti perayaan camnilah nak balik jenguk family di kampung. Lagipun kakak aku yang tinggal di Sarawak pun balik, apatah lagi aku yang di semenanjung ni...

Risau tentang jalan sesak...memang risau juga. Sebab kita kat Malaysia ni, tak kira perayaan kaum mana pun, setiap kali menjelang raya setiap kaum, jalan mesti akan sesak. Alhamdulillah sebab kita di Malaysia ni masih ada nilai-nilai di mana kita masih mengamalkan budaya balik kampung ni...Sebab tu aku selalu perhatikan, kalau cuti hari raya aidilfitri, di jalanraya/lebuhraya, kaum-kaum lain turut sama memeriahkan suasana. Kalau berhenti kat R&R, penuh dengan pelbagai bangsa dan kaum...Kalau kita singgah beli lemang atau ketupat di tepi-tepi jalan atau lebuhraya, aku tengok sahabat kita yang berbangsa india dan cina malahan kadang-kala mat saleh, turut sama berebut dengan kita beli ketupat dengan lemang. Begitulah sebaliknya, kalau musim tahun baru cina ni, kita pula sama-sama sibuk beli limau...kalau deepavali pula, sama-sama sibuk pakat dok beli maruku...kalau di KL ni...jalan TAR memang meriah...

Aku balik kampung di Kedah hari Jumaat malam. LEpas maghrib aku bertolak. Risau juga jalan jam teruk, apatah lagi bila baca dekat board menyatakan trafik bergerak perlahan dari Slim River ke terowong Meonora...namun Allah SWT Maha Berkuasa...jalan hanya ada masalah dari Slim River ke Sungkai...so taklah jauh mana...lepas tu dah okay dan clear. Tapi kenderaan masih banyak...mungkin semua macam aku, balik lepas waktu pejabat dan kalau balik malam, jalan sesak pun tak terasa sangat sebab cuaca sejuk...

Alhamdulillah aku sampai rumah kakak aku di zon mawar Ambangan Height Sg Petani dalam pukul 2.00 macam tu. Kebetulan anak saudara aku pun baru balik kerja...Kakak aku yang dari Sarawak tu esoknya hari sabtu baru balik. Tapi okaylah sebab dia cuti seminggu...

Apapun, alhamdulillah...berkumpul dengan keluarga tercinta di kampung, it's a precious moment...ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga, ibarat air yang mengalir...tiada yang dapat memisahkannya kecuali dengan kehendak Allah SWT...Namun doaku dan kami sekeluarga...biarlah ikatan kasih sayang antara kami anak-anak mak dan ayah tersimpul erat sampai ke anak cucu, cicit dan sehingga ajal menjemput...aamiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/