04 February, 2013

Ammar Faidz Masuk Hospital

Semalam waktu aku kat majlis persandingan anak bos aku, aku dapat called dari kakak aku. Tapi sebab aku letak telefon aku dalam mode silent, so aku tak dengar. Tapi lepas tu kakak aku sms aku. Dia bagitahu dia ada di hospital sebab Ammar kena tahan di wad hospital. Actually di Hospital Pantai Sg Petani.

Memanglah minggu lepas kakak aku bagitahu Ammar pegi sekolah sehari saja lepas tu tak pergi sebab demam dan cirit birit. Baik sehari, lepas tu demam balik...tau-tau semalam kakak bagitahu kena tahan di wad pediatrik. So semalam kakak bawa ke hospital...rupa-rupanya ada kuman dalam darah Ammar...alahai ciannya anak menakan makcik sorang ni...tabah ya abang Ammar...

Pagi tadi try call lagi, kakak kata dah okay sikit...lagi pun Doktor dah masukkan 5 botol air setakat pagi tadi...petang ni kakak kata suhu badan pun dah turun, tapi Ammar asyik buang air besar saja...mungkin pembuangan toksin/kuman melalui proses pembuangan air besar kot...Ammar pun ikut kata kakak dah nampak susut sikit badan...alahai...

Ammar, makcik doakan Ammar cepat sembuh ya...and makteh(kak Ilah) jaga diri dan kandungan...

(ammar and along - different in ages but yet they still can chatting like 2 best friends)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/