05 September, 2012

Tenet Dah Laju Sikit

Alhamdulillah...akhirnya...laju la sikit...dak la macam apa ke nama ntah...

Sebenarnya aku puasa hari ni. Puasa 6 di bulan Syawal. Baru 3 hari...ada lagi 3 hari...Ingatnya nak sambung lagi 3 hari minggu depan sebab esok ada function la kat opis dengan kat KL International Hotel...

So...sebelum tu ada juga confiuskan boleh tak puasa 6 secara berselang-selang hari ni...so aku pun godek sana sini mencari...dan aku dapati banyak/ramai yang menyatakan boleh...so kat bawah ni aku C&P satu post kat satu website iaitu portal Islamgrid.gov.my


Puasa Enam Boleh Gilir-gilir Atau Berturut-turut

Soalan

Asslammualaikum,

Saya ingin mengajukan beberapa soalan mengenai puasa enam:-

1) Adakah puasa enam mesti berturut-turut(direct 6hari)? atau boleh dilakukan selang-selang dalam bulan syawal?

2) Bolehkah puasa enam berserta puasa ganti(qada')? dan berserta sunat puasa hari isnin dan kamis?

3) Apakah niat puasa 6 berserta puasa ganti?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         dalam Melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal,  adalah terserah kepada anda sama ada hendak melakukannya secara berterusan ataupun secara selang seli (satu hari puasa dan satu hari tidak).

2.         Hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat.

3.         Mengenai niat puasa tersebut, adalah memadai sekiranya anda hanya berniat dengan puasa qadha’ sahaja. Hal ini adalah kerana puasa qadha’ adalah puasa yang wajib, manakala puasa sunat yang hendak dilakukan adalah puasa yang tidak dituntut/diwajibkan.
Oleh sebab bertemu di antara puasa wajib dengan puasa sunat, maka mendahulukan perkara yang wajib adalah lebih utama. dansemoga dengan mengerjakan puasa wajib pada hari tersebut, Allah Subhanahu Wa Ta'ala turut menggurniakan fadilat puasa sunat kepada kita. Wallahu 'alam.

Okay kita tinggalkan tentang tu...sebenarnya aku saja je nak cerita...semalam masa berbuka aku buat pulut sekaya pantai timur/tok aji serban...hahaha...itu sebenarnya...apapun...dapat juga kita panduan tentang puasa 6 ni bukan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/