06 September, 2012

Jamuan Raya/Tahunan KMKL 2012

Apa akui nak cerita tentang majlis ni ya...Hmmm...actually majlis ni sedang berlangsung sekarang di lobi aras 1 dan aras 2 kat KMKL ni...

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku dok sibuk menulis kat blog ni padahal orang lain dok meriah menjamu selera kat jamuan tu...Tak apalah...aku pun dah makan tadi di KL International Hotel sempena jamuan raya Cuepacs...

Lagi pun sakit hatilah dengan perangai double standard yang diamalkan kat sini...Sebelum tu aku minta maaf banyak-banyak dahulu sebab apa aku nak suarakan ni sebenarnya hanya apa yang aku fikirkan...tak ada niat nak sakitkan hati siapa-siapa pun...mungkin suara kecil aku ni boleh dijadikan panduan suatu masa nanti...dan dipertimbangkan...

Kat opis aku ni...staf memanglah ramainya...termasuk dengan officer lagi...mahu dekat beratus-ratus orang...okaylah opis aku ni memang besarkan dan penting dalam Malaysia ni...ahaks...

Apa yang korang fikir bila sebut tentang jamuan raya? Bagi aku jamuan raya adalah satu majlis di mana kaum keluarga berkumpul, beramah mesra antara satu sama lain...itu kalau family...kalau di opis...kita still satu family bukan? Objektif buat majlis ni adalah untuk beramah mesra antara kakitangan dan pegawai. Kalau sebelum ni kita tak kenal kalau bersentuh bahu, sekurang-kurangnya dengan adanya majlis jamuan raya...kakitangan dan pegawai dapat berkenalan dan bermesra. Bila hubungan antara pegawai dan kakitangan mesra, baik...barulah prestasi kerja dapat ditingkatkan...

Tapi apa yang aku perhatikan dalam jamuan kat opis aku ni...wujudnya double standard walau pun dalam majlis yang sepatutnya mengeratkan lagi ukhuwah kalau pun tidak sesama kakitangan dan pegawai, tapi mengeratkan hubungan dan ukhuwah antara sesama Islam.

Di majlis ni, meja pegawai dan kakitangan diletakkan secara berasingan. Pegawai di aras 1 dan kakitangan di aras 2. Apa semua ni? Idea bangang sapa pun aku tak tahu yang nak buat benda macam ni. Memang staf hanya mengeluarkan sumbangan yang sedikit untuk majlis tersebut. Tapi itu berpadanan dengan jumlah pendapatan yang mereka terima. Tapi masalahnya, bukanlah staf bawahan ni mengharapkan sangat nak makan banyak-banyak. Yang kami inginkan adalah penerimaan dan kemesraan yang boleh dieratkan antara kakitangan dan pegawai.

Itu aku belum cerita lagi tentang sikap segelintir pegawai yang bertugas macam pak pacak kat aras 2 yang muka masam macam longkang. Dalam Islam pun dah kata, senyum tu satu sedekah. Tak susah pun nak dapat pahala dan nak tambah kawan. Just senyum sahaja...Lagi pun, kakitangan ni bukanlah budak-budak lagi. Tak perlulah kami dilayan bagai budak tadika.

Apa yang lebih menyedihkan, aku tengok MC/juru acara majlis bercakap dari atas tangga kat tengah-tengah lobi antara aras 1 dan aras 2. Dari manalah mereka belajar protokol tu. Sebab para VVIP dan VIP duduk di meja di aras 1. Kami pula duduk di aras 2. Bila MC bercakap, aku ternampak ada beberapa VIP yang tercangak-cangak mencari dari mana datangnya suara MC tu...Lepas tu nampak sangatlah tidak sopan bila VVIP dan VIP tengah makan di bawah, kami yang di aras 2 dan MC serta penyanyi (?) dok ulang-alik kat situ sambil kesana kemari di atas kepala mereka semua tu.

Bab penyediaan meja buffet yang cipotet tu aku malas nak cakaplah...sebab target aku pergi majlis tu bukannya nak makan sangat pun. Aku pergi situ sebab inilah masanya aku dapat jumpa member-member dari division lain. Setiap tahun aku pergi majlis jamuan tahunan/raya, aku tengok majlis kali inilah yang paling worst...

Apapun, aku minta maaf kalau pendapat dan suara hati aku ni mendapat reaksi yang tidak menyenangkan hati. Sebab bagi aku, selagi kita berdiri di atas pendapat kita dengan sombong dan bongkak, tanpa memikirkan pendapat dan penilaian orang lain, tidak kira betapa tinggi atau rendah pun darjat dan status seseorang tu, siapalah kita. Setiap dari kita ada kekurangan. Apalah salahnya andai sesekali kita tunduk merenung pada hijaunya rumput di bumi dari terus merenung tinggi bulan di langit...takut-takut rumput pun mati, bulan pula gerhana...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/