31 May, 2012

Jangan! Awek Dilarang Jadi Seperti Ini


on Isnin, 28 Mei 2012 

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadeworang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak ‘she’s not my friends..please lah’

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’ nyampah siot


50 Koleksi Teka-teki Untuk Anda




Sumber @ Idea oleh: kondakondi.com
(thank you so much for sharing this teka teki. lepas ni boleh saya berteka-teki dengan anak sedara pula....:-) )
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
Lagi satu soalan, anda berikan di bawah ye?! Dah habis idea..

Soalan 01: Kenapa bila orang nak terjun untuk scuba diving akan terjun belakang dulu dan bukan muka yang mengadap laut?
Jawapan: Kalau terjun ikut depan dulu, jatuh dalam botlah orang tu
Related Posts with Thumbnails

30 May, 2012

Kenduri Kahwin Nurhanifah/Hafifi - 25, 26 & 27/5/2012

Last Friday aku balik kg. Almaklumlah anak saudara aku K.Pah nak kahwin. Actually depa akad nikah pada 25/5/2012. Tapi sebab aku kerja lagi, malam 25/5/2012 tu baru aku dapat balik, itupun selepas habis office hour. Tapi tak apalah, tanpa akupun majlis tu dapat berjalan dengan lancar, jaya dan meriahnya. Maklumlah...kami keluarga IsmaJa ni ramai keahliannya...

Actually, 1 hari sebelum tu aku dapat call dari abang sulung aku, iaitu bapa bakal pengantin. Aku ingatkan abang aku nak ingatkan pasal kenduri tu, rupanya, dalam masa yang sama, ayah aku di masukkan ke wad lagi. Sebabnya ayah aku penat, susah nak bernafas. Waktu aku dapat phone call dari abang aku tu aku dah risau habis. Yalah, ayah aku bukannya muda lagi. Umur dah 83 tahun dah. Dah lanjut usia ayah. So, pada usia yang dah senja ni, macam-macam penyakit yang ayah deritai, kencing manislah, buah pingganglah, jantunglah dan terkini penat dan darah tinggi...doa aku bila aku meningkat dewasa nanti dan menggapai usia tua, aku tetap maintain sihat...insyaallah...sebab aku tak ada zuriat, takut nanti aku menyusahkan kaum keluarga yang lain pula. Apapun, setelah aku call kakak2 aku yang lain, aku ambil keputusan utk balik pada pada hari Jumaat. Sebab sometime, ayah aku cuma perlukan perhatian dan bukannya nazak...Sebenarnya itulah yang aku harapkan sebenarnya...
Ini gambar ayah masa dapat rawatan di Hospital ...tut..., kesian ayahkan. Gambar ni kakak aku K.Ilah yang hantar. Actually ayah dekat hospital ...tut...tak lama cuma satu malam. Family aku putuskan nak hantar ayah ke Hospital ...tut...(swasta) setalah kami tidak berpuas hati dengan tahap rawatan yg diberikan pada ayah. Bila transfer ke Hospital swasta ni pula, tetiba Doktor yg biasa rawat ayah cutilah pula. So tak ada doktor yg arif tentang penyakit ayah aku. Depa minta kami bawa ayah balik dulu. Eh...mana boleh camtu. So, sekali lagi family aku berbincang. Keputusannya, kami bawa ayah ke KMC/KPJ. Actually dekat KMC ni pun ayah memang dah biasa dapat rawatan di situ. Tapi kami tak bawa ke situ awal-awal sebab KMC di Alor Setar, ayah di Merbok. So hospital yg terdekat of courselah di sekitar SP.

Tapi alhamdulillah, bila ayah di hantar ke KMC/KPJ, ayah ditempatkan di ICU 3 malam juga. Tapi alhamdulillah kesihatan ayah nampak makin okay. Yang peliknya, terus Doktor Pakar kat situ dapat trace masalah ayah aku. Peliklah pula, mana kepakaran hospital kerajaan. Kenapa tak ada doktor pakar yang emrawat ayah aku masa di sana? Hmm... attitude kot? Masa di ICU KMC/KPJ ayah turut diberi rawatan physiotherapy bagi mengurangkan kahak ayah yg pekat sangat sebab jangkitan kuman. Dan alhamdulillah, walau ayah masih ditempatkan di wad, tapi ayah dah diletakkan di wad biasa dan ayah dah makin okay. Makan pun dah berselera.

Eh, tercerita pasal ayahlah pula padahal entry awal tentang K.Pah punya wedding...hahaha...selingan

aku malas nak cerita panjanglah, biar gambar menerangkan segalanya...we are all in pink...cun jugak...ibarat kata kakak aku...nampak muda jelita...hahaha











24 May, 2012

Punca sakit belakang


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
AKTIF...berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.
AKTIF…berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.
pix_topright
BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.
Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.
Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.
Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.
Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulangbelakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.
Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.
Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulangbelakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.
Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi – terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.
Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.
Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakitseperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.
Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.
“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.
“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.
“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.
Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.
Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:

  • Obesiti 
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah 
  • Posisi tidur tidak elok 
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

  • Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.
    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.
    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.
    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).
    Diagnosis dan rawatan
    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.
    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.
    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.
    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.
    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.
    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.
    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakitseharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.
    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.
    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.
    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.
    Pencegahan
    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:

  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan. 
  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan. 
  • Amalkan prinsip ergonomik – sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.“Tulangbelakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulangbelakang yang normal.Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang – semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.“Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kalau Rajin Nak Membaca

    • http://www.bharian.com.my/
    • http://www.utusan.com.my/
    • http://www.hmetro.com.my/
    • http://thestar.com.my/
    • http://www.nst.com.my/