Malam Jumaat 9/3/2012 hari tu, aku dengan hubby, keluarga abg Zainal, keluarga Yaacob, keluarga Hj. Nan dengan abg. Mansor berkonvoi ke Kuala Klawang Negeri Sembilan bersama-sama Rashid (bakal pengantin baru) dan juga member dia Saiful. Kami semua berkumpul selepas maghrib di restoran Deen Taman Melawati.
Actually, sebelum ini, group inilah juga yg menjalankan tugas merisik dan meminang untuk Rashid. Tentu ahirankan...mana pula perginya keluarga Rashid. kena kami yang mengambil tugas penting ini. Sebenarnya ini adalah perkahwinan Rashid kali KETIGA...kali KETIGA diulang....
Apapun, jangan salah sangka...berdosa berburuk sangka. Sebenarnya Rashid telah ditakdirkan Allah SWT untuk menduda 2 kali. Bukan kerana perceraian ya...Sudah ditentukan Allah SWT sejak azali...kedua-dua isteri beliau meninggal dunia akibat kanser. Isteri kedua beliau meninggal tahun 2010 lalu akibat kanser payudara. Isteri pertama pula kalau tidak silap aku akibat kanser usus...aku pun tak pernah jumpa isteri pertama dia...sebab bila kau mula kenal Rashid melalui husband, dia isteri kedua beliau sudah diperingkat akhir kanser payudara.
Sebenarnya kesian jugak dekat si Rashid ni...kerana isteri-isteri beliau meninggal...anak-anak semuanya di ambil oleh mertua dgn alasan dia tidak boleh memberi komitmen. Hari tu bila bersembang dgn dia, dia kata sebab dah kawin semula, dia akan fight utk ambil semula anak-anak dia...harapan dan doa semoga dia berjaya. Lagipun isteri ketiga dia Marliah nampak memang bertanggungjawab. maklumlah sebagai pensyarah yg seharian berjumpa anak-anak didik, aku rasa dia memang akan jadi ibu tiri yang baik. Lagi pun anku tengok keluarga Marliah baik-baik belaka dan merendah diri walaupun semuanya berkedudukan dan berpangkat tinggi.
Ini pula sebahagian hantaran yg disediakan oleh Rashid utk bakal isterinya dan digubah oleh isteri abg. Zainal. memang kreatif dan cantik...dan juga mahal-mahal belaka...apapun, itu kehendak Rashid...
Salah satu hantaran yang aku cukup berkenan...bakul pastri...slurpp...memang akan aku tempah utk aku sendirik nih...
Ini pula gabungan hantaran kedua-dua pengantin dan kat hujung tu...Rashid tengah diakad nikah sambil member2 kat tepi excited dok mengusik
Oh ya...aku dan lain2 rombongan pengantin ditaja tidur 2 malam kat hotel Sri Klawang. Almaklumlah bukannya dekat dari KL nak ke Kuala Klawang dan seterusnya ke rumah pengantin. Dari KL ke Kuala Klawang pun dah makan masa 1 jam 45 min. Dari Kuala Klawang ke rumah pengantin pula, ambil masa 45 minit sebab jalan memang bengkang bengkok sakan...macam kat bukit putus. lagipun rumah pengantin hanya 55 km nak ke Karak Pahang, kiranya bersempadanlah ni.
Apapun, terima kasih pada Rashid dan isteri Marliah dan juga keluarga pengantin perempuan yg nampak ibunya agak kesedihan kerana bapa pengantin perempuan/Marliah baru meninggal 4 bulan lalu...
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU DAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. SEMOGA BAHAGIA DAN TABAH MENGHADAPI CABARAN
No comments:
Post a Comment