Hmm...camna aku nak cerita ya...okaylah...sekadar nak melepaskan perasaan aku di sini. Korang kalau yang rajin baca kisah aku yang boring ni, mesti tahu kesibukan aku kat opis aku ni bukan? Dan kalau dah lama sikit yang mengenali aku, mesti tahu bagaimana aku bekerja...Kalau tak tahu, aku terangkan ya bagaimana aku dalam menangani tugas-tugas aku di pejabat...
Aku ni sebenarnya masuk kategori workaholic...aku suka bekerja...walau aku dalam perkhidmatan kerajaan, tapi aku dilatih untuk bekerja macam kakitangan sektor swasta. Dari mana aku dapat sikap macam tu...sebenarnya dalam family aku, kami semua workaholic...dari mak aku, ayah aku sehinggalah anak saudara aku...ipar duia aku pun memang jenis suka bekerja...Kami tak akan berhenti selagi kami tidak berpuas hati dengan hasil yang bakal kami perolehi. Dan kami, aku rasa hampir keseluruhan anggota keluarga aku mempunyai sikap tidak suka membiarkan orang tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami...bukan aku nak berbangga diri, tapi kami sentiasa akan maju ke hadapan menawarkan diri untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, dan alhamdulillah tugasan yang kami buat...selalunya adalah cemerlang...
Okaylah, bukan tujuan aku nak cerita tentang perihal kesukaan aku dan family dalam bekerja, tapi...benda yang aku nak cerita ni, ada kaitan sedikit sebanyak...aku dah bekerja lebih 16 tahun. Dalam ertikata lain, aku dah masuk peringkat senior dekat opis aku ni...walaupun aku muda lagi...(hahaha...perasan...but 39 is still young ma...people always says that life begin at 40 isn't it?)
Okaylah, selama 16 tahun lebih aku bekerja di jabatan ni, aku dah berada di bawah hampir 10 orang bos yang berbeza. Dan boleh dikatakan aku memang tak ada masalah dengan bekas-bekas bos aku kecuali seorang. Dan itupun bukan sebab apa, sebab ada seseorang yang memang berniat menjatuhkan aku...tapi dari segi kerja, memang tiada masalah...Aku dah berhadapan dengan berbagai akrenah bos...lelaki, perempuan, tegas sampaikan ada yang minta tukar sebab tak mahu bertugas dibawah bos tu, dan ada juga yang lemah lembut, bijak, prihatin dan peramah...
So sekarang aku nak cerita tentang bos aku yang sekarang ni. Kalau ikutkan, aku baru berada di bawah bos aku ni dalam 6 bulan setengah macam tu. Sebelum bos aku ni berpindah ke tempat aku, macam-macam versi yang aku dengar tentang dia. Memang ramai orang tak mahu berada di bawah dia. Tapi, alhamdulillah setakat hari ni, aku gembira berada dibawah dia. Lembut tetapi tegas. Mementingkan kesempurnaan, yang bagi aku langsung tiada masalah kerana aku rasa aku berkemampuan melaksanakan tugas sebagaimana yang dia perlukan...
Masalah aku sekarang, sejak bos aku bertukar ke tempat aku, dia mempunyai seorang setiausaha peribadi dan juga seorang budak suruhan. Okaylah, sebagai memudahkan cerita, kedua-dua staff ni telah pun ditukarkan dari division aku atas permintaan bos aku. Tapi yang melemahkan aku, bekas setiausaha peribadi dia ni dah buat cewrita yang tak baik tentang aku, kononnya aku kaki kapur dan kaki bodek...
Okaylah aku senaraikan apa tugas harian aku ya supaya korang tau aku ni kaki kapur atau kaki bodek...
1. Aku masuk kerja pukul 7.00 pagi (asalnya 8.00), dan aku balik dari opis pukul 7.00 (sepatutnya pukul 5.00)...kenapa aku balik lambat, kerana kerja aku banyak...kalau aku ada kes sepanjang hari, pukul 7.10 am aku dah kena start ready dengan fail-fail kes sebab aku nak bila pintu opis aku buka pukul 8.00 kepada public, aku dah ready dengan semua fail untuk ahri tu
2. Aku jarang makan diluar sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau minum petang...aku selalu bawa bekal. Satu sebab aku boleh buat kerja sambil aku makan, yang mana akan menjimatkan masa aku naik turun pergi cafe...dan satu lagi sebab aku memang malas nak pergi cafe...
3. Walau aku malas macamana pun, aku tetap terpaksa buat kerja aku tanpa alasan penat atau letih atau malas. Sebab kalau aku tak selesaikan kerja aku untuk hari tu, aku akan ada masalah esoknya kerana esok aku akan berdepan dengan kes-kes yang lain pula. Akibatnya, hujung bulan aku akan ada masalah dalam penyediaan statistik.
Okay, tugas aku memang akan setiap masa melibatkan aku dan bos aku. Bukan aku seorang sahaja, tapi semua group bagi jawatan aku, mempunyai peranan sebagaimana aku. Kami ini memang selalu diibaratkan oleh bos-bos kami sebagai tangan kanan mereka dalam melaksanakan tugas harian. So, bukan maksud nak bodek atau apa, tapi dari konteks tugas, memang kami/aku kena rapat dengan bos aku.
Masalah aku sekarang, budak PA ni tak faham apa konteks tugas dia. Aku rasa kalau sesiapa yang bertugas sebagai setiausaha peribadi tahu apa tugas sebenar dia...antaranya...
1. Masuk lebih awal dari bos setiap pagi dan balik mestilah lagi lewat dari bos (dalam konteks minah songeh kat pejabat aku ni...bos aku masuk opis 7.20, dia pula 8.05 am baru masuk opis...datang awal tapi lepak cafe...balik pula nak tepat pukul 5.00 walaupun bos ada bagi tugas untuk disiapkan segera)
2. Bos suruh buat sesuatu tugas, selalu dilambat-lambatkan...yang akhirnya bos akan suruh aku yang buat walaupun bukan dalam bidang tugas aku)
3. Bagi alasan tak tahu bahasa Inggeris untuk mengelak dari kena buat kerja yang sepatutnya dalam bidang tugas dia (yang akhirnya aku juga kena buat bila bos suruh sebab kepakaran aku adalah dalam bahasa Inggeris...yang jugaantara sebab yang menyebabkan aku terpaksa balik lewat setiap hari sebab kena buat kerja yang sepatutnya dia buat)
4. Sangat tak organize dalam tugas. Meja bersepah-sepah dan sambil lewa. Selalu dokumen aku dengan bos terima lewat sebab dia suka simpan buat pekasam kat meja dia)
5. Sukar menerima arahan atau teguran dari bos...
6. Tak tahu membezakan dokumen dalam kategori segera...atau sengaja buat-buat tak tahu...
Actually ada banyak lagi kelemahan dia yang aku malahan bos aku sedar...tapi nanti korang kata aku mengutuk dia pula...
Bagi aku, kalau kita sendiri meletakkan diri kita di tempat yang membuatkan orang memandang rendah pada kita, tak perlulah kita berpatah balik menunding jari pada orang lain menyatakan orang ini, tau orang itu cuba menjatuhkan kita atau menabur pasir dalam periuk nasi kita. Kalau bos aku meletakkan aku sebagai tangan kanan yang memberi kekuatan pada diri bos aku sekarang, malahan bos-bos sebelum ni, janganlah cuba pula menabur pasir ke dalam periuk nasi aku...Aku cuma menjalankan tugas aku supaya kerja-kerja aku tidak terbengkalai dan menepati standard yang diperlukan oleh jabatan. Aku tak perlu menabur fitnah atau memburukkan orang lain untuk berada ditempat aku sekarang. Cukup bagi aku dengan dedikasi, rajin dan berfikiran positif dan terbuka untuk teguran dan sebarang tugasan...
Okeylah, banyak aku membebel kat sini, tapi kalau aku tak luahkan pun, rasa tension bermain difikiran...pada mereka-mereka yang berkenaan, tak perlulah sebarkan kat kalangan kawan-kawan awak betapa buruknya saya...sebab pengganti yang mengambil tempat awak, dari hari pertama dia menggantikan awak, dia sudah nampak kelemahan dan kesilapan awak dalam melakukan tugas...tak perlu saya ke hadapan untuk mempertahankan diri kerana kebenaran dengan sendirinya telah terserlah...dan tak perlu awak burukkan bos awak kerana pengganti tersebut telah nampak juga apa kekurangan awak yang membuatkan awak dipandang lemah oleh bos sekarang...Cuma satu pinta saya...nak maju, kita kena berubah, kena terima segala teguran...
No comments:
Post a Comment