Adoi...tension, tension...korang taukan aku sibuk sangat sekarang ni...banyak kerja opis yang aku kena buat sorang-sorang...tak ada orang yang big boss aku percaya utk buat kerja yang aku buat sekarang ni...last-last aku yang kena buat sensorang...
Bukan aku nak menunjuk aku ni rajin or terer buat kerja, but orang yang sepatutnya buat kerja ni...Ya Allah memang lembab gila. Korang bayangkan, aku dok menaip transkripsi kes almost setiap hari, telinga pun dah naik pekak. Nasib baik duit hasil penulisan tu masuk kat poket aku. Tapi masalahnya, aku menaip transkripsi tu hanyalah sebagai part time job aje...Sebelum ni aku buat sekadar termampu aku. Kalau aku tak mampu memang aku reject...tak perlu aku tamak haloba kalau aku tak mampu...
But now, kerja yang sepatutnya jadi bidang tugas setiausaha big boss aku, dah kena lambak kat aku. Alasannya, setiausaha big boss aku tu lembab dan tak tahu English...adoi...apakejadahnya tu...alasan semata-mata sebab big boss aku ada suruh dia taip satu transkripsi dalam bahasa Melayu, aku rasa ini dah masuk 3 bulan, masih tak siap-siap lagi...memang lembab betullah...
Lepas tu tadi, budak junior kat tempat aku ni, yang ganti member aku yg dulu tu...dah berapa kali aku suruh dia minta no. password dari formis, minta IT datang check printer kat meja dia, adjust komputer kat bilik dia...tak juga dia buta...aku rasa ni dah nak masuk 2 bulan dia kat sini...masih lagi bengap. Kerana dia banyak kerja aku tertangguh. Dan tadi yang buat aku memang ternaik suara aku memang jarang nak naik suara dengan member seofis tau), boleh dia guna printer kat meja aku lepas tu siap print kerja aku yang belum siap...bukan sikit pula tu, 125 mukasurat lebih...tak pasal-pasal membazir kertas...
Dah la hari tu bawa virus ke komputer aku...
Ishhhhh...bengang betullah...
No comments:
Post a Comment