16 January, 2012

16/1/2012 bersamaan 22 Safar 1433H

16 hari sepantas kilat kita lalui...betapa cepat masa berlalu. Namun dalam masa itu, pelbagai rasa telah kita lalui...ada manis, ada masam dan ada pahit. Hidup penuh cerita.

Kepedihan, kesayuan...rasa tidak pernah lapuk dari diri. Walau sekuat mana kita cuba menolak kehadirannya, namun dalam sinar pelangi...ada mendung yang cuba berlabuh...kita sesekali rebah lagi walau bukan itu yang kita angankan

Kebencian...rasanya sesekali bertunas di dalam hati...ampunkan aku yang tidak ammpu menahan diri. Walau ada masanya aku benci melihat kebencian itu bertandang, namun sesekali teguh ia merobek perisai hati...aku kalah lagi...walau benci itu amat kubenci...

Sayang...sesekali ada rasa jauh di hati. Sayang kecundang lagi...walau cuba kupeluk erat supaya tidak berlari jauh, walau kutabur segunung madu supaya manisnya terasa...namun adakala sayang mengalir dilembah sepi...sayang bertabur lagi

Rindu...asakan yang tidak pernah sesekali padam dalam mimpi dan jagaku. Walau seteguh karang ku cuba pasakkan jauh di sudut hati, namun datangnya tiada kata jemputan, perginya malas berekor kejam...

Kasih...masih utuh rasanya ditabir hati...terlindung di balik deras deru denyut nadiku...walau ku cuba selindungkan di balik merah darahku...kasih tidak pernah padam...menyala dan terus bersinar

Lalu...dalam hidup yang penuh rencah...walau adakala aku ringan umpama kapas, adakala aku jua seberat segunung batuan...aku hanya insan...hambaNya yang mencari keredhaan dalam tersungkurnya aku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/