Assalamualaikum...Baca tajuk entri aku kali ni tak? Hadoiii...termasuk hari ni aku rasa dah hampir 12 hari aku demam. Aku start demam on 27/12/2013 jam lebih kurang pukul 3.00 petang...(cheeewah ingat pula timenyakan?). Of courselah aku ingat sebab waktu tu aku baru lepas makan dengan 2 orang member kat opis aku ni. Late lunch sebab nak temankan sorang kawan lelaki yg tertinggal dompet kat rumah...so lepas balik sembahyang Jumaat, beliau kelaparan gila...
Lepas makan tu, kami sambung lagi berbual kat bilik member aku. Waktu tu aku rasa dah seram sejuk ja badan. Dalam hati aku ingat mungkin salah makan sebab tadi tu aku makan nasi goreng kampung, dan akak kedai tu masukkan kangkung yang separuh masak...
Petang lepas office hour, masa nak balik...aku rasa memang dah lain macam betul...sakit kepala dan memang badan menggigil sangat...tapi aku gagahkan drive juga balik rumah. Sampai di rumah husband aku suruh aku terus mandi sebab takut nanti lagi aku kesejukan. So aku mandi dalam pukul 6.30 petang tu...mandi pun aku ikut petua orang tua-tua...mulakan dari bawah...tapi aku rasa aku mandi macam robot...sebab badan aku sakit sangat dan aku menggigil sebab sejukkkk sangat...
Lepas mandi...terus aku baring....nak makan pun tak lalu. Masa tu aku pakai baju, pakai sweater, lepas tu selimut lagi dengan 2 helai selimut yang tebal...tapi aku masih menggigil...kepala aku pula memang rasa nak pecah saja...sakit gila. Aku ingat aku kena migrain...Perut pula memulas-mulas...oh ya...sejak lepas makan petang tu...aku rasa dah 3 - 4 kali aku ke toilet sebab cirit birit...
Malam tu aku tak boleh tidur...badan aku rasa gatal habis satu badan...dalam telinga, belakang badan, mata...malahan my feminin pun gatal habis...lepas tu joint dengan muscles pun sakit sangat...(oh ya...joint and muscles tu dah beberapa hari aku rasa sakit...aku ingatkan sebab aku banyak sangat mengadap komputer...hmmm)
Esoknya aku langsung tak ada daya...badan merah-merah...sebab tu aku ingat aku kena demam campak...hadoiii
Hari minggu aku berlalu dalam kesejukan yang amat sangat, dengan sakit kepala, loya-loya, cirit-birit, sakit semua urat saraf dan gatal-gatal seluruh badan...(tapi still tak pergi klinik...cheh!)
Esoknya pula, lepas husband balik kerja baru aku gagahkan diri bangun pergi klinik. Memang aku rasa aku kat awangan ja waktu berjalan. Simptom-simptom macam yang aku alami sebelum ni semua belum hilang atau menunjukkan tanda nak reda. Bila sampai klinik, doktor check aku lama juga...tapi tak ada pula dia cadangkan nak buat ujian darah...cuma dia tanya aku nak suntikan atau nak ubat makan biasa. Aku kata nak suntikan...
So...esoknya lepas dapat suntikan...aku rasa badan kuat sikit...tapi aku still ingat aku kena demam campak(hadoiii). Petang tu aku ajak husband pergi cari air kelapa. 5 biji aku beli. Tapi badan tak adalah sejuk sangat macam sebelum ni. Tapi demam still tak kebah and aku masih gatal satu badan, cirit birit dan sakit kepala. Husband pula kelam kabut minta member carikan daun semambu...
Keadaan yang sama berlarutan sampai 2/1/2014...Hari tu aku gagahkan diri pergi opis...tapi semua arahan bos aku macam tak ada apa-apa...aku still kat awangan...petang tu balik aku teguk lagi air kelapa...oh ya aku juga minum 100 Plus 3 botol yang 500ml tu...
Esoknya terus aku tak pergi opis...aku MC lagi sampai 7/1/2014. 8/12014 aku datang opis, ada member aku kebetulan pergi melawat kawan dia kena demam denggi kat HUKM. Bila balik dia cerita simptom-simptom yang berlaku kat kawan dia...aku pula baru tergerak hati nak menjengah cik google...ALAMAK!!! Semua simptom yang aku jumpa ada kat aku...
Petang tu jugak aku ajak husband ke Hospital Selayang. Rupanya memang masalah demam denggi ni banyak berlaku sampai ada satu unit di Hospital Selayang yang dikhaskan untuk demam sahaja iaitu Fever Centre. Berkampunglah aku kat situ dok menunggu ujian darah. Finally dalam pukul 8.40 malam result keluar...doktor kata memang aku demam denggi...tapi alhamdulillah...bacaan bp darah aku menunjukkan recovery...doktor ada tanya aku sepanjang aku demam aku ada buat apa. Aku ceritalah macam kat atas...
Mungkin aku ada pergi klinik dan dapatkan suntikan, ditambah dengan minum banyak air...so platelet darah aku menunjukkan pemulihan yang bagus...so doktor cuma bagi aku ubat demam dan kata aku tak perlu di tahan di wad...
BODOHKAN aku sebab biar demam yang boleh meragut nyawa tanpa tindakan yang sewajarnya...Apapun alhamdulillah sebab kesihatan aku makin pulih. Tapi nasihat aku...pada semua yang alami simptom-simptom yang aku alami, cepat-cepatlah pergi hospital buat ujian darah ya...Satu pengajaran buat aku...
Simptom Demam Denggi:-
1. Demam secara tiba-tiba (sama ada badan panas atau menggigil secara drastik)
2. Sakit kepala seperti migrain
3. Sakit otot badan dan juga sendi-sendi contohnya sendi di siku, tengkuk dan belakang
4. Loya atau muntah
5. Naik ruam yang gatal dan kulit seolah-olah lebam
6. Cirit birit
7. Sakit perut seolah-olah dipulas
8. Tiada selera makan
So kalau ada simptom macam kat atas...cuba minum banyak air kosong/mineral, minum 100 Plus, minum air kelapa...tapi yang penting mesti pergi berjumpa doktor yang bertauliah!