18 May, 2013

Berita Sedih

Hari ni aku mood aku sedih...semalam...actually 2 atau 3 hari lepas aku dapat sms dari kakak no.3 aku bagitahu kakak no.2 kena bisul. Aku ingat bisul biasalah. So semalam aku call kakak no.2 (kak chik), rupanya bukan bisul biasa tapi bisul yang ada banyak mata tu. Kalau di tempat aku kami panggil paracut, dan aku terbaca dekat satu posting tentang bisul ni, menurut tuan empunya posting, kalau di Perak pulak orang panggil perchut...

Sambung balik tentang kak chik. So hari Jumaat lepas dia pergi check kat hospital, dan doktor kat situ dah keluarkan surat supaya dia dimasukkan ke wad sebab beberapa masalah. Kakak aku ni sebenarnya pesakit diabetik. Actually bagi pesakit diabetis, kalau dorang tak makan atau minum pun paras gula akan naik. So sebab kakak aku ni dah sakir paracut tu, dia jadi tak lalu makan. Bila makan asyik muntah. Minum air kosong pun muntah. So paras gula dalam darah tu dah naik tinggi. Juga sebab paracut tu naik kat tengah belakang dia, doktor takut effect atau berlaku jangkitan virus ke paru-paru dan jantung...

Semalam waktu aku call kakak aku, suara dia pun macam tak keluar ja. Sakit sangatlah agaknya tu. Dia kata paracut tu dah pecah. Aku marah juga dekat dia, kenapa tangguh rawatan....

Pagi tadi aku call lagi kakak aku, tanya dah ke hospital atau belum. Dia kata belum...risau aku. Lepas tu tadi petang aku call lagi. Dia kata dia dah dimasukkan ke wad. Lepas tu dia cerita kat aku, bila dia ke hospital Alor Setar tadi, dia terus dimasukkan ke wad kecemasan. Bukan sorang dua doktor yang datang tapi beberapa doktor pakar lagi. Dia kata hampir 3 jam lebih dia kat wad kecemasan tu. Bila aku tanya dia tanya tak doktor kenapa, kakak aku kata doktor tak cakap. Tapi menurut kakak aku, (yang aku terdetik dalam fikiran aku, mungkin berlaku jangkitan virus atau paras kencing manis kakak aku terlalu tinggi) sebab doktor pakar yang datang merawat kakak aku tu terpaksa masukkan satu jarum (tak tau macamana) melalui leher kakak aku terus ke jantung. Kakak aku juga kata setakat aku call petang tadi, terdapat 2 jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan kakak aku melalui 2 tiub botol. Kakak aku juga tak dibenarkan ke bilik air (aku rasa) sebab saluran untuk kencing dimasukkan...

Risaunya aku...oh ya tentang paracut tu, menurut aku doktor tak buat apa-apa lagi pun sebab paras gula dalam darah kakak aku kena turun ke paras normal dulu. Tapi kakak aku kata, doktor tak tengok pun paracut tu. Sebab tu aku agak mungkin kerana kencing manis yang tinggi, campur kakak aku yang tak makan apa-apa sejak 5 hari lepas, cuma minum saja, berlaku komplikasi pada sistem badan...

Ya Allah...sembuhkanlah kakak aku Kak Chik. Aku (kami semua) sayang dia. Bagi aku sendiri, lepas arwah mak meninggal, kak chiklah tempat aku menumpang kasih dan sayang...

13 May, 2013

MALASSS!

Lama juga ya aku tak jengah sini...alasan standard...sibuk...(padahal malas...). Although banyak perkara yang bermain difikiran, tapi macam berat ja nak luahkan kat sini.

Anyhow...cuaca sekarang panaskan? Cuti hari minggu lepas, berpeluh-peluh aku kat rumah...maklumlah rumah aku tak ada penghawa dingin (air condition). Panas dan kering. Apa kata pun kat belakang aku dah naik ruam-ruam kecil sebab panas...Tapi kalau tengok suhu 29C...

Macam mana suasan kat tempat korang lepas pilihanraya? (Salah satu sebab aku malas nak menulis...)

Okaylah...malas aku ni dah sampai tahap gaban nak beranak dah ni...aku stop dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/