Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
30 April, 2013
DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
09 April, 2013
Tahniah!!!
Ini pun dah agak lama juga. Bulan 3 hari tu. Anak saudara aku nikah dan kahwin. Anak abang nombor 2. Abang Ngah aka Mohd Nizam dengan adik dia kak Nabilah. Actually Ngah dah nikah beberapa bulan dah. Cuma belum buat majlis kahwin. Apapun, tahniah buat kedua-dua anak saudara aku ni. Semoga rumahtangga yang dibina kekal sampai hujung nyawa dan penuh dengan rahmat dan limpahan kasih sayang Allah SWT dan iakan zuriat yang soleh dan solehah...aamiin.
Kak Nabilah dan pasangan
Ngah dan pasangan
Berhabuknya!!!
Ish...apasal banyak sangat sawang kat sini nih? Tengok tu...habuk dekat 10 inci...Sapalah yang malas sangat ni?...eh...ni rumah aku ka? Ekekek...
Adoyai...lama juga aku tak balik rumah ya...sibuk la dua tiga menjak ni...Banyak benda aku tak sempat nak update. Antaranya aku dah dapat sorang lagi cucu saudara...
Adoyai...lama juga aku tak balik rumah ya...sibuk la dua tiga menjak ni...Banyak benda aku tak sempat nak update. Antaranya aku dah dapat sorang lagi cucu saudara...
Comei dak? Lahir awal bulan 3 hari tu. Nama Mohamad Syamil Irsyad. Cucu sulung kakak aku yang nombor 2. Doa aku dia akan membesar menjadi anak yang membanggakan agama, ibu bapa, keluarga, bangsa dan negara. Cerdik dan pintar dunia dan akhirat...
Actually aku pun belum tengok dia secara live. Al maklumlah dia di Kedah nun...aku pulak kat Kolompo ni. Dok tengok gambar saja. Tapi sekarang Ammar dengan Arief dah ada kawan nak main bola sepaklah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/