Alhamdulillah, hari ini 6 Oktober 2010 akhirnya dapat juga aku masuk ke blog yang rasanya dah hampir 2 bulan lebih aku tak jengok. Bukan tak nak masuk melihat buah tangan aku, tapi Ya Allah...sibuknya aku dua tiga menjak ni. Agaknya dah banyak yang aku ketinggalan nak update dalam blog ni. Bukan setakat blog, website lain pun tak sempat aku nak jengok. Facebook apatah lagi.
Sejak aku mengkhabarkan berita kelahiran Arief, seterusnya menjalani ibadah puasa, kemudian menikmati meriahnya sambutan hari raya aidilfitri di kampung tercinta, sehinggalah ke perpindahan tempat bertugas(division) pada 1 Oktober lepas. Sepatutnya, berjela-jela pengalaman yang aku telah tempuhi. Apapun, insyaallah, segala yang indah akan sentiasa segar diingatan.
Bermula dengan Arief Fahim. Hmm...segar bugar bila ingatkan dia. apatah lagi bila memikirkan dia, akan mengingatkan aku pada keletah dan telatah abangnya Ammar Faidz. Oh...i miss them so much. kiut je dua-dua beradik tu. Tapi yang tak apat nak lupa, si abang Ammar yang pada aku memang anak yang baik dan tak banyak kerenah. Masih terngiang di telinga bila Ammar cakap..."adik chek, mak chek, njang nyak dit, nak ton, baju chek" dan banyak lagi. Kalau nak tahu...dalam loghat Kedah...chek tu maksudnya "saya". However, bila Ammar yang masih pelat pada usia 2 tahun lebih menyebut perkataan "chek", sedap sungguh dan begitu manja pada pendengaran aku...sejuk jer. Tapi yang best, bila kakak aku cerita pengalaman dia dan mama Ammar(kakak aku jugalah tu) dan juga Ammar pergi bershopping raya di Alor Setar. Bila mereka lalu di hadapan restoran makanan segera...Ammar boleh membunyikan "slurppp" sambil menjilat bibir dan menyatakan "kayefchi"(KFC). Sampaikan kakak aku yang memang malas dah nak layan budak kecil boleh teramat menyukai si keletah Ammar. Apakata pun, abang ipar aku, suami kakak aku ni pun asyik cubit pipi si Ammar...sebab suka pada dia. Aku? Aku apatah lagi...kadang-kadang aku kata dia tiga suku...sebab keletah Ammar yang gila-gila...Satu lagi, kalau tanya dia apa nama adik, Ammar akan jawab "boyoi". Dalam ertikata kita yang dah tak pelat ni..."boroi". Sebab adik dia bulat sangat...apapun, aku happy sangat dapat release tension tau bila main dengan Ammar dan Arief.
Hari raya, satu yang aku tak boleh lupa juga bila Ammar melalui pengalam pertama pergi beraya dengan sepupu-sepupu dia. Walaupun dia masih kecil, tapi kadang-kadang pemikiran dan kreativiti dia agak mengejutkan. Tahu kenapa, bila pergi beraya ke rumah jiran...dapat duit raya. Satu yang aku pasti mama dia pun tak boleh lupa, bila Ammar balik dari beraya...mama dia check kalau-kalau ada dia terima duit raya. Tahu kat mana dia simpan, selain dari dalam poket baju melayu? Ammar simpan duit raya dalam songkok...hahaha...lawak la anak sedara aku ni.
Arief pula...hmm...tak tahu nak kata apa. Banding dengan abang si Ammar, berbeza sikit. Arief kuat menangis. Tapi kalau time dia tak buat perangai kiut sangat. Tapi bab mandi...hmm mau pecah bilik air dengar suara dia. Meraung-raung. Satu lagi, dia tak pandai dan tak mahu nak menyusu dengan botol susu. Problem juga. Dalam usia baru dua nak masuk ke tiga bulan, bila mama dia pergi bekerja...kakak aku yang mengasuh dia terpaksa suap susu menggunakan picagari. Hai...tak tahulah sampai bila macam ni...Tapi kata kakak aku tu, although suap dengan picagari, habis juga 1 botol susu. Cuma lambat. Apapun, dia tetap baby yang sihat. Comel je...hmm si boyoi abangnya...