21 June, 2010

KBF 1743




KBF 1743...hampir 8 tahun dalam ingatan. Kasih sayang aku, memang untuknya. Hanya dia yang tahu jerih dan perihnya aku sepanjang masa itu. Hanya dia yang tahu penat letihku. Hanya dia yang memahami perasaanku...gembira, sedih, tidak tahu dan sakitku.

Melepaskanmu...memeritkan hatiku...luluh perasaan ini bila aku harus merelakan kau pergi. Bukan kerana aku tak sayang lagi...tapi keadaan memaksa kita merelakan perpisahan ini. Cintaku pada kewujudanmu tak mungkin bisa terpadam walau suatu hari nanti, kau bukan lagi didepan mataku. Jasadmu tetap utuh diminda dan hatiku...sayangku padamu tiada batasan waktu, tiada kalimah tertentu...
Ah...sukarnya untukku. Pedih di hati hanya Allah yang tahu...Jasa-jasamu sepanjang waktu itu, pasti kukuh dihati. Tiada pengganti yang dapat meminggirkan kau dari hatiku. Biar ada yang lain bakal tiba entah berapa lagi dan entah kapan lagi...wujudmu terus terpateri di ingatan dan hati. Pengorbananmu, kesetianmu, kepatuhanmu selamanya kekal diminda dan hatiku...
Satu pinta dan harapanku...walau dimana kau bakal berlabuh, walau siapa bakal mengemudi perjalananmu, jaguh dirimu, pintar haluanmu, padu langkahmu akan tetap terpelihara...KBF 1743...kau tetap dalam mindaku, kau tetap yang paling ku sayang, namamu tetap yang teratas...

02 June, 2010

Pindah Opis Lagi...!!!!!

Hmmm...penatnya.   Itu aja yang aku boleh gambarkan. Tahun 2010 ni, penukaran tempat bertugas dah 3 kali. Penat pindah kali kedua dulu belum hilang...dah kena angkut barang lagi. Dulu pindah dari bahagian tengah aras 4...kena pegi ke aras 4 kanan. Lepas tu kena lagi pindah.   Kali ni ke aras 3 sayap kiri pula. Nun di hujung dunia sana. Tahu-tahu, hari Isnin lepas, 31/5/2010...sekali lagi kena pindah tempat. Kali ni lagi teruk. Pukul 3.00 petang baru boleh pindah sebab ada kes yang perlu didengar dahulu. Yang teruknya...esok, 1/6/2010 terus ada pendengaran kes...maknanya, kami kena clear up all items on that day jugak! Gila apa... 
                  sampai hari ni aku masih sakit badan   . Bukan aku sorang pula tu...akak kat tempat aku sampai demam-demam. Yalah bukan sikit anak benda yang nak kena pindahkan...banyak. Dahlah buku tebal-tebal ada dekat 10 kotak...  . Fail pulak...entah berapa kotak...memang letih sangat dan habis sakit badan... 
Harap-harap...lepas ni lambat lagi la nak kena pindah...tak larat dah 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/