29 November, 2012

Alhamdulillah...Ada Rezeki Lagi

Hehehe...mesti dah boleh agak bila baca tajuk post aku ni kan...alhamdulillah syukur sangat kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki pada aku... so bye ye...berhabuk lagilah diari maya aku ni ya

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Rumahtangga Sentiasa Bahagia


 

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, d
an Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35):"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya."





thanks to: - 

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA shared by my sister Fazilah Ismail

28 November, 2012

Hotel Istana

Nak cerita pasal dinner aku kat Hotel Istana hari tu 23/11/2012.

Petang tu dalam pukul 6.30 aku dengan hubby bertolak. Hubby kata sebab jalan Sultan Ismail biasanya jam. Memang sungguh pun...naik lenguh kaki aku...Dekat pukul 7.30 baru sampai sana. Fuyoo cantik juga Hotel Istana ni. Nampak standard. Staff pun mesra je. Tapi waktu aku sampai, orang ramai sebab according one of the customer hotel tu, ada grand dinner dekat Mahkota Ballroom. Patutlah kereta penuh kat tempat parking.

So kat sini aku bagi korang tengok sajalah sebahagian menu yang aku makan malam tu. Actually aku banyak makan cold dish dengan salad. Sebab memang berani jilat jarilah...memang sangat sedap. Lepas tu dekat bahagian salad pun, ada berjenis-jenis salad. Menu lain pun banyak. Tak termakan dan terpilih.

Apapun, aku memang rekomenkan kalau korang nak dinner dekat Hotel Istana. 1st class!!!

 
cold dish...dua kali aku ulang ambik benda yg sama
Tempura...dengan salad yang soooo fresh...
sebahagian dessert yg aku ambik...banyak yang aku tak ambik sebab perut dah penuh sangat
Hubby yg tengah makan sampai tak perasan bini snap picture
First time aku makan kat hotel yang menyajikan kekacang mewah dalam sayur dorang...sedap gila



Blueberry Cheece Butter Cake

Baru-baru ni nampak anak saudara aku yang tengah bercuti buat kek. Nampak teringinlah pulak. Aku kalau bab kek-kek ni, aku suka yang aku buat sendiri. lebih sedap dan puas hati bila makan. So aku pun selaklah sana-sini kat blog kegemaran aku. So sampailah ke blog ni Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html- Nampak cam cantik je, so aku pun tertarik...ibarat cantik menarik tertariklah. Kebetulan, bahan pun ada kat rumah. Apalagi...projek seh!

Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
Tara...dan inilah hasilnya. Sangat lazat, gebu dan moist...masuk kategori peberet ni...

Fesyen

Saja je aku letak tajuk entri macam kat atas tu...saja kasi tanda soal kat korang semua...

Eh tunggu jap...apasal aku tetiba boleh bukak diari aku ni...aku ni bukankah tengah sibuk ni...ada banyak kerja nak kena settlekan? Ish terlupa la pulak...tak apalah, sekarang ni tengah rehat. So aku layan open diary  aku ni dulu. Release tension.

Mesti korang boring dengan aku nikan? Yalah sejak dua tiga menjak ni, asyik mengeluh itu ini je. Ada je yang tak puas di hati aku. Tapi nak buat camana, inilah saja caranya aku nak melepaskan rasa dan perasaan aku.

Cerita 1

Pagi-pagi buta tadi, aku macam biasa sampai opis dalam pukul 7.00 am camtu. Aku memang datang opis awal. Nak elak jam dan juga supaya aku boleh get ready/standby dengan tugas aku hari setiap hari. Nak dijadikan cerita, semalam aku balik awal. Pukul 5.05 pm aku dah chow...nak pergi kedai beli hadiah untuk partner aku yang akan berpindah tu. Biasanya aku dekat pukul 7.00 pm baru balik. So aku biarlah budah oderli yang kuncikan pintu.

Pagi ni, bila aku sampai, aku pun dengan konfiden nak buka pintu. Ya rabbi, dia boleh kunci pintu pakai selak. Aku pun pergilah dekat pintu yg satu lagi. Pun pakai selak jugak...adoi...apakejadahnya tu. So aku pun menonong pergi ke pintu utama utk kakitangan. Pun berkunci. Dekat pukul 8.00, lawyer dah start sampai. Aku ni tak dapat masuk lagi. Aku pasti, bos aku pun dah sampai. Tapi bos aku ok sebab dia ada lif akses terus ke bilik dia.  Telefon setiausaha bos aku, tak berangkat. Aku dah hangin satu badan ni...

p/s. Patutlah bos aku selalu aja mengamuk dekat si s/u dengan oderli dia. Selalu datang lewat ke ofis. Kalau aku yang jadi bos, aku pun mengamuk. Tergendala semua kerja

Cerita 2

Okaylah. Pintu dah di buka. Aku ni masuk ofis, terus capai mouse dan mengadap pc. kes hari ni kena handle cepat. Di sini aku tak mau tulis lanjut. Aku cuma nak bagi soalan...korang pernah tak jumpa orang yang sangat cerewet tapi sangat lembap buat kerja? Cerewet untuk hal-hal yang sepatutnya dia tak boleh cerewet sebab itu sudah tugas dia. Dan dia juga tak produktif. Kerja selalu bertangguh dan asyik komplen sebab kerja banyak. Of courselah kerja makin bertimbun kalau asyik tangguh buat kerja...

p/s. hai apalah nasib aku kerja dengan orang yang macam ni...

tapi...bila aku dah luahkan kat sini...rasa...

23 November, 2012

Adoyai...

Ekoran dari aku kena buli dengan junior...ada latest news...hari ni sepatutnya partner aku masuk kerja. Tak kisahlah dia nak cuti lama mana pun...orang baru kahwinkan...bagilah peluang. 

Masalahnya aku ingat dia tak datang terus minggu ni...tadi elok aje kes habis...tiba-tiba dia muncul depan aku tersengih-sengih...adui apa ke jadahnya...

Satu lagi, lepas tu terus dia bagitahu ku dia dapat transfer order. Alhamdulillah dan aku tumpang happy untuk dia. Cuma aku harap, di tempat baru dia tak buat lagi perangai asyik bercuti macam kat sini sampai semua kerja dia aku kena take over. Sebab kat tempat baru dah dekat dengan hubby dia.

Cuma lepas tu aku terfikir...hmm...siapa akan ganti tempat dia kat opis aku ni? Dia kata ada new intake...adoyai sekali lagi...kalau new intake, maknanya banyaklah aku nak kena ajar ni...

Terus-terang, aku memang tak pernah kedekut ilmu dengan new comers, but sometimes, letih dok asyik kena ajar orang baru ni. Kalau yang jenis suka nak menambah ilmu, senang, dia akan ikut apa kita suruh. Sebab kat tempat kerja aku, leaning how to do work is not by listening but by doing it. Sebab tu ada new comers yang kadang-kadang tak faham. Dia ingat kita buli dia suruh buat itu ini. No, that's not our intention. Kita suruh dia buat sebab nak bagi dia faham apa bidang kerja dia. 

Macam partner aku yang asyik bercuti ni, walaupun dia macam tu, asyik cuti ayam, tapi she's willing untuk menerima arahan aku sebab dia faham skop kerja kita orang. So, alhamdulillah pada sesiapa yang akan dapat dia kat tempat baru nanti. Dia memang berupaya mengendalikan kes.

Makan Lagi

Hehehe...adoyai...camna la nak kurus ni...asyik makan ja...diet pun dah macam tak diet...

Makluman...malam ni pergi dinner lagi dengan hubby...celebrate anniversary yang ke-12 tahun yang tak sempat nak sambut berdua aritu sebab sibuk celebrate dengan sedara mara kat kampung...

Jom kita dinner dekat Hotel Istana malam ni...first time pegi hotel tu...tak tahu lagi menu dia best ke tak...

Lepas tu, tak tahu bila, nak pegi dinner lagi. Kali ni dekat Seri Pacific...voucher dah ada...cuma tarikh belum tahu bila nak pergi...

Jom makan!!!

KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT




KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Utshman r.a. dan Ali k.w. bertamu ke rumah Ali k.w. Di rumah Ali k.w. isterinya Saidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut didalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut, mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut."

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Utshman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Ali k.w. berkata, "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumah adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Fatimah r.ha berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Rasulullah SAW berkata maksudnya, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril a.s berkata maksudnya, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir ayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Allah SWT. berfirman maksudnya, "Syurga-Ku itu cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah beberapa tafsiran yang firmankan oleh Allah SWT, Rasulullah SAW, malaikat dan para sahabat mengenai mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut. Termasuk juga kata-kata ini : "Sahabat yang baik (soleh) adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, sahabat yang sanggup berkorban lebih manis daripada madu dan mendapat sahabat yang bertakwa dan ikhlas lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Buat renungan bersama di pagi Jumaat yang mulia lagi damai ini!

p/s: - post ini saya dapat dari FB Datuk maznah Hamid...sesuatu yang baik untuk kita kongsi bersama sebagai panduan dan renungan dalam menghadapi hari yang kian menguji...

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Utshman r.a. dan Ali k.w. bertamu ke rumah Ali 
k.w. Di rumah Ali k.w. isterinya Saidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut didalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut, mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut."

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Utshman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Ali k.w. berkata, "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumah adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Fatimah r.ha berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurda itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Rasulullah SAW berkata maksudnya, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril a.s berkata maksudnya, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir ayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Allah SWT. berfirman maksudnya, "Syurga-Ku itu cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah beberapa tafsiran yang firmankan oleh Allah SWT, Rasulullah SAW, malaikat dan para sahabat mengenai mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut. Termasuk juga kata-kata ini : "Sahabat yang baik (soleh) adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, sahabat yang sanggup berkorban lebih manis daripada madu dan mendapat sahabat yang bertakwa dan ikhlas lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Buat renungan bersama di pagi Jumaat yang mulia lagi damai ini!

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


______________________________

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

22 November, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah...penat jerih seminggu dua sehingga semalam ada yang sudah nampak hasilnya.

Cuma makin letih bila kat opis ni aku kena kerja sensorang sebab partner aku cuti kahwin. Actually waktu dia belum cuti hari tu lagi aku dah kena cover kerja dia...sebab partner aku ni pandai curi ayam...(korang faham tak pandai curi ayam ni?)

Memang aku kadang-kadang rasa tension sangat dengan perangai dia. Tapi aku cuba redakan tekanan aku ni dengan buat benda-benda lain. Macam sibuk buat kerja aku atau layari fb sambil buat kerja. Kalau tak mau lagi tension aku.

Baru tadi boss aku bagitahu anak dia bagi notis berhenti kerja sebagai Doktor di jabatan kerajaan. Sebabnya, aku rasa macam kes aku juga. Asyik kena buli. kerja yang sepatutnya buat secara berpasukan, alih-alih kita sensorang saja yang kena buat. Tak adil bukan. Macam boss aku tu dia siap rasuah anak dia nak bagi RM20 ribu kalau anak dia tak berhenti kerja. Tapi mungkin anak dia dah etrlalu letih dibuli...nekad nak berhenti kerja dengan government. Sayangkan kalau jadi kes macam tu...Tapi dia tak apalah, mak bapa gaji sebulan macam gaji setahun aku. Senanglah kata nak berhenti saja, terus boleh on. Kalau aku ni, kalau berhenti, nak makan apa. Lagipun, utk jawatan doktor bius macam anak boss aku tu, peluang kerja ada di mana-mana hospital swasta dalam mahupun luar negeri.



Actually, kat tempat ni, aku ni dah masuk kategori senior dah. yalah dah berkhidmat 16 tahun lebih dah. Tapi   aku ni bukan jenis yang suka bantah atau tolak apa yg orang suruh aku buat. ibarat Yes Man ajalah aku ni. Sampai kadang-kadang aku terfikir nak jadi No Man pula. Dah letih kena buli even by the junior sekali pun. Mentang-mentang aku bukan yang jenis cakap banyak...dorang ambik kesempatan pula...

Memang aku buat kerja kerana niat yang baik, kerana Allah Taala...but sometimes...if things are happened beyond the boundaries...its something to think about it for your good sake...

07 November, 2012

Sibuk Lagi

Alhamdulillah...minggu sibuk lagi dalam hidup aku. Mesti pelikkan bila aku bersyukur bila sibuk ni? Sebenarnya, dalam tugas aku, kalau aku sibuk, maknanya berkemungkinan besar ada hasil yang akan aku perolehi...dalam erti kata lain, purse aku akan berisi...alhamdulillah.

Alhamdulillah, semalam dah ada cek yang sampai. Semalam juga aku baru habiskan satu lagi tugasan. Kalau tak ada aral, insyaallah hari Jumaat ni satu lagi cek akan masuk.

Lepas tu aku ada satu lagi tugasan. Aku dah dapat green light dari En. L dan client dia. bila aku bagitau charge aku, dia kata okay proceed. Insyaallah...akan ada hasilnya. Lepas tu ada satu lagi yang aku dah siapkan. Aku pasti kes tu akan ada rayuan. Dan kalau ada rayuan...insyaallah akan masuk hasilnya...

Okaylah, nak kena stop...banyak kerja ni...so kalau rumah aku ni berhabuk 2 - 3 hari ni...maaflah tak sempat nak menyapu...

02 November, 2012

Koleksi Penawar Hati







Sabarlah Duhai Hati

Ya Allah, kalau ikutkan pagi-pagi Jumaat yang merupakan hari mulia dalam Islam ni, dapatlah melalui dan menikmati hari ni dengan indah...

Ya Allah, sabarkanlah jiwa-jiwa yang sedang marah ini. ya Allah tenangkanlah hati yang berkecamuk ni...

Entahlah...macam-macam rasa ada kat otak dan hati aku pagi-pagi ni. Misteri dan penuh tanda tanya...ceritanya...:-

Pagi ni, masa aku dengan husband sampai kat opis, masa nak masuk dalam lif tu kebetulan ada sorang office mate perempuan kat dalam tu. Kita ni biasalah, pagi-pagi mana ada mood nak cakap lebih-lebih. Sekadar senyum aku hadiahkan untuk dia.

Tapi lepas tu senyaplah suasana  dalam lif tu. Tapi tetiba office mate tu, boleh pegi depan husband aku, dok posing tarik-tarik baju depan husband aku sambil tanya husband aku dah kurus belum, sambil kata dia gemuk sambil tayang-tanyang body kat husband aku...

Kalau korang jadi aku, pelik tak dengan suasana tu? Tercengang ada, terkejut ada, marah pun, campur pelik campur gelihati...

Apa kena makcik ni...gila iseng ke...semalam tak dapat ke...

Takpa, balik petang nanti aku tanya hubby aku apa kena dengan makcik tu. lepas tu aku nak tanya juga hubby aku, kat division dia ada pertandingan ratu kebaya ke?

Tapikan, terus-terang aku cakap, aku terasa juga hati bila dia tanya gemuk ke kurus kat hubby aku...amboi mentang-mentang aku comel lote, kiut miut...

Aduhai saudara perempuan seislamku...kalau pun badan awak kurus, awak kecil molek, kiut miut, tak usahlah nak tayang body awak dekat suami orang, dekat lelaki yang bukan muhrim...(dengan pertanyaan...dia tengah goda laki aku ke?)

Hish...pelik betul pompuan sekarang ni...ish...???

Apapun Ya Allah, lindungilah aku dari bahang dan api kemarahan...tenangkanlah jiwaku hari ini supaya dapat aku lalui hari muliaMu ini dengan sempurna...hanya kepadaMu Ya Allah aku berlindung dan berserah...aamiin

01 November, 2012

Sibuk Hujung Bulan

Heee...kalau hujung bulan saja, mesti sibuk sangat...hujung bulan kat opis aku ni ibarat nak perang. Tambah-tambah dekat nak hujung tahun dah ni, lagi la sibuk. Dahlah kes pun masih bertimbun tak habis-habis lagi. Yang 1st cycle pun masih ada lagi sekali sekala timbul. Yang 2nd cycle pulak, semua dah ambik slot sampai pertengahan tahun depan. Habis tu, yang 3rd cycle yang sepatutnya tamat bulan Januari 2013 ni, nak ambik slot masa bila pula? Pening kepala macam ni...Dah berdouble parking dah ni...kenapalah orang asyik nak saman menyaman ni...kadang-kadang tu sebab tamak haloba. Dengan mak bapa, laki bini, adik beradik sendiri pun nak saman menyaman. tak boleh lebih atau kurang sikit. Silap cakap sikit pun nak saman menyaman. Kalau buat kerja orang tak bayar tu, of courselah, kalau aku pun aku saman jugak...kalau tak nak makan apa kalau dah buat kerja sampai selesai orang tak mau bayar...

Lepas tu kalau boleh nak kes didengar awal. tapi camna nak dengar kalau semua dokumen tak lengkap? Kalau arahan yang diberi tak dipatuhi? Cuba habaq mai sat!!!

Lagi satu bab statistik...hadoi aih...hujung-hujung tahun ni, banyaklah pulak statistik nak kena kelebek (tengoklah tu). Otak pun dah naik mereng jugak ni. Kalau orang kata kakitangan kerajaan tak buat kerja, cuba mai dok kat opis aku ni. Baru tau langit tinggi rendah. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Bab tahan kencing tu jangan ceritalah...

Ha kalau tengok aku online fb atau berblog waktu opis, jangan salah faham...sebab kalau aku dok tengah menulis tu, maknanya ada kerja yang aku kena mengadap komputer. So bila lama-lama guna otak, sesekali aku kena alih otak aku dari benda serius kepada benda yang ringan-ringan. Kalau tak, mau mereng aku. Actually, sekarang ni pun aku amsih kat opis lagi. Stayback habiskan kerja yang memang tak pernah habis. Dari pagi tadi dok menaip siapkan statistik dengan nota. Telinga pun dah naik pekak ni...

Itu pun nasib baik petang ni bos aku kata tak payah taip submissions untuk satu kes yang buat kat open court. Kalau tak, pengsan pula aku. Kes tu dahlah dokumen menambun, parties submit dekat 3 jam...huaa...letih tuh...

Oh ya, tentang statistik, alhamdulillah dah habis aku buat. Insyaallah okay kot...So dok tengah habiskan nota crt ni...harap-harap boleh selesai by Monday next week. sebab next week dah ada satu lagi kes yang bangang punya...

Jom Bergelak


 : "cikgu apa dlm bahasa inggerisnya
kentut?"
Cikgu : "Wind of change."
Udin : "Kentut yang tidak bunyi?"
Cikgu : "Sound of silence."
Udin : "Kentut yang tdk disengaja?"
Cikgu : "Careless whisper."
Udin : "Kentut yang terhimpit?"
Cikgu: "Please release me."

..................

Udin : "Kentut yang bau sangat?"
Cikgu : "Killing me softly..."
Udin : "Kalau kentut beracun?"
Cikgu : "Don't speak..."
Udin : "Kentut di malam hari?"
Guru : "Wonderfull tonight."
Udin : "Orang yang sering kentut?"
cikgu: "no body but you."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/