31 January, 2012

Lagu Dalam Blog

Hahaha...ya...aku memang agak terlewat...tapi tak apa...aku redha...baru nak masukkan lagi utk aku dengar dalam blog aku ni...tu pun malasnya nak upload lagu...so...jadilah dengan apa yg ada dulu...insyaallah...next time kalau aku rajin aku upload lagu lain pula...hehehe
  








27 January, 2012

Suke-Suki









Cinta

Entah kenapa...tiba-tiba perkataan ini muncul di minda...aku cinta kamu, i love you, i miss you, aku merindui kamu...istilah biasa dalam melahirkan perasaan cinta kita kepda seseorang...namun apakah cinta itu sebenarnya...adakah hanya terhad pada insan? Adakah bila kita menyukai seekor kucing parsi yang molek matanya, yang gebu bulunya layak kita gelarkan sebagai cinta? 

  

Entahlah...aku pun tak faham kenapa aku meraban hari ni...hahaha....








26 January, 2012

Inspirational


Balik Kampung

  Happy, best...dua perkataan yang menggambarkan perasaan aku...hehehe...aku kalau dapat balik kampung...rasa puas hati sangat...dapat bersama keluarga di kampung, rasa macam aman damai dan tenangnya dunia aku...merekalah segalanya abgi aku...walau emak dah tak ada...kalau balik kampung, rasanya semangat emak masih ada di situ...aku akan dapat kekuatan bila balik kampung

 

Aku bertolak balik malam Jumaat, risau jugak takut jalan jam..tapi alhamdulillah...walaupun aku tersekat hampir 20 minit antara slim river dan sungkai sebab ada bas ekspres rosak, tapi selepas itu...dah tak ada masalah lagi...tapi yang aku pelik, bas u bukan rosak di tengah jalan...elok ja dia parking kat lorong kecemasan...so, apa yang menyebabkan kenderaan lain tersekat? Ini mesti orang ramai sibuk nak tengok amenda yang terjadi...macam waktu aku balik ke KL juga...tiba-tiba kenderaan kat depan jadi stuck...ingat apalah...rupa-rupanya ada accident kat depan...okaylah...tapi yang peliknya...accident tu kat jalan menghala ke utara...yang jalan  menghala ke KL ni yang terhenti apasai pulak...orang Malaysia ni memang pelik...nak ambik tahu tapi tak kena tempat.

 

Dan malam tu aku sampai rumah kakak dah dekat pukul 1200 biasanya pukul 10.30 aku dah sampai. Tapi dua anak saudara dah masuk tidur...dah tak larat nak tunggu makcik dia...Pagi tu Ammar bangun awal dengan adik Arief, pegi bilik aku ketuk pintu...hahaha...happy dapat tengok muka masing-masing
Pagi tu selepas sarapan, kami bertolak ke rumah ayah. Bawa buah yang aku beli dekat hentian rehat gunung semanggul...actually nak berhenti dekat sungai Perak, tapi terlajak tempat parking...Aku pergi rumah kak Chik pula lepas tu, nak ambil dia...nak pergi makan kenduri rumah kakak ipar sepupu...saudara Shafie Afdal...aku makan sakan...sedap...gulai kampung...masakam kenduri gotong royong...fuhh...Malangnya...mungkin dah lama perut tak masuk masakan pedas...malam tu aku cirit-birit sakan...  



Malam tu tidur rumah arwah mak...kakak bagitahu esaok ada kenduri lagi...hahaha...bestnya...oh ya, petang tu aku ke Pekan Rabu di Alor Setar...tempat yang mesti aku pegi setiap kali balik Kedah...lagi satu Alor Star Mall dekat kuala...saja suka pegi situ
So esoknya pegi kenduri lagi...dan sekali lagi aku cirit birit lepas makan...hehehe...perut koman...

Pagi tu juga, abang ipar sembelih 2 ekor ayam kampung untuk makan malam...wah...best betul...aku masak kari dengan goreng....meletop!!! makan bertambah-tambah...  




Besoknya...aku pergi lepak di Sungai Tupah...bukan apa, memenuhi permintaan Ammar petang sebelumnya...yang merengek-rengek nak mandi air terjun...tak boleh lupa bila dia minta kak abah dia..."abah jomlah pi ayaq tojun"....Tapi air sungai agak cetek...mungkin dah lama tak hujan...apapun, bagi Ammar dengan Arief...ibarat kata mama diaorang...sedalam paras dada Arief dan pinggan Ammar...hahaha...puas hati agaknya Ammar dapat berendam...



 









17 January, 2012

17/1/2012

Hmm...bagaimana harus aku gambarkan diriku hari ini...mungkin juga salah aku...tapi bukankah aku telah meminta maaf? Tapi...salahkah aku kalau aku cuba berkata benar? Kebenaran memang perit...tapi bukankah itu yang menghidupkan kita...Mungkin aku salah dalam beberapa perkara...tapi bukankah aku telah meminta maaf? Rasanya kejujuran yang aku suarakan merupakan satu dosa...jadi...bukankah aku telah meminta maaf...

Rasanya...sampai masa aku mempertahan diri...kalau kebenaran itu kau anggap satu pencabulan...kejujuran kau pinta satu pembohongan...hiduplah kau dalam dunia tipu dayamu...aku harus bangkit dengan kepercayaanku...tiada yang salah tentang kejujuranku...tiada yang salah kalau aku hanya menyuarakan pemikiranku...yang padaku semuanya benar...tipulah aku kalau aku menyatakan kau tidak seperti itu...padahal itulah engkau...

Amarah...rasanya bertakung dikelopak hati...keikhlasan disalah tafsir...kau memang jadah...Tidakkah kau tahu? Amarah ini memakan diriku? Aku cuba menyiram kemarahan ini...amarah ini tidak perlu berterusan...

Kau...hiduplah engkau dalam dunia pura-puramu itu...kebahagian yang kau kecapi...mungkin juga pura-pura...

16 January, 2012

16/1/2012 bersamaan 22 Safar 1433H

16 hari sepantas kilat kita lalui...betapa cepat masa berlalu. Namun dalam masa itu, pelbagai rasa telah kita lalui...ada manis, ada masam dan ada pahit. Hidup penuh cerita.

Kepedihan, kesayuan...rasa tidak pernah lapuk dari diri. Walau sekuat mana kita cuba menolak kehadirannya, namun dalam sinar pelangi...ada mendung yang cuba berlabuh...kita sesekali rebah lagi walau bukan itu yang kita angankan

Kebencian...rasanya sesekali bertunas di dalam hati...ampunkan aku yang tidak ammpu menahan diri. Walau ada masanya aku benci melihat kebencian itu bertandang, namun sesekali teguh ia merobek perisai hati...aku kalah lagi...walau benci itu amat kubenci...

Sayang...sesekali ada rasa jauh di hati. Sayang kecundang lagi...walau cuba kupeluk erat supaya tidak berlari jauh, walau kutabur segunung madu supaya manisnya terasa...namun adakala sayang mengalir dilembah sepi...sayang bertabur lagi

Rindu...asakan yang tidak pernah sesekali padam dalam mimpi dan jagaku. Walau seteguh karang ku cuba pasakkan jauh di sudut hati, namun datangnya tiada kata jemputan, perginya malas berekor kejam...

Kasih...masih utuh rasanya ditabir hati...terlindung di balik deras deru denyut nadiku...walau ku cuba selindungkan di balik merah darahku...kasih tidak pernah padam...menyala dan terus bersinar

Lalu...dalam hidup yang penuh rencah...walau adakala aku ringan umpama kapas, adakala aku jua seberat segunung batuan...aku hanya insan...hambaNya yang mencari keredhaan dalam tersungkurnya aku...

13 January, 2012

13/1/2012

Mudahnya hari berlalu. Semalam telah menjadi sejarah. Hari ini, semoga dapat kutempoh dengan hati yang tenang. Esok...hanya Dia yang lebih tahu...walau hebat mana aku merancang...apa yang pasti berlaku, itulah ketentuanNya.

   Berpuas hati dengan apa yang kulalui, lupakan ketegangan semalam yang telah berlalu, rindui cinta yang semakin tumbuh, meledak rasa dengan kemaafan, aku adalah aku yang cuba merentasi fantasia dalam menjadi diriku tanpa menjadi sesiapa. Jahat buruk baiknya aku, bukan sesiapa yang menuntunku kerana aku berdiri sebagaimananya aku. Dan jangan pernah ada yang membenciku keran siapa aku ini

  Pada rindu yang semakin tumbuh, langkahku selalu longlai bersamamu. Ada perit yang kutanggung tanpa ada penamatnya ketika ini. Rinduku tersebar ke serata ceruk rantau, terus berlari tanpa ada virus yang menongkah upaya menghentikannya. Rinduku pada yang telah tiada menyesakkan upaya mimpiku melontar aku ke daerah paling usang sebuah kelukaan, lalu pada dia yang telah tiada, aku ettap mengenangmu tanpa ada batasan waktu...Al Fatihah buatmu yang rinduku tidak pernah padam, pada engkau yang merenungku dengan mata yang kelam, namun penuh terisi kasih dan sayang yang kau bawa ke penghujung...





12 January, 2012

Ntahhapahapa...

  
       
     

   






Hanya Allah SWT



Sweet

  


Although tak minat bollywood film, tapi minat tengok gambar ni...so sweet...




 



Ammar dan Arief



Makan-Makan















Aku ni asik makan ja...patutlah tak kurus-kurus...ni pun dah banyak yg aku delete gambar asik makan2...dak pun uploadkan ke fb...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/