22 February, 2010

Aku pada usia 36 tahun


Happy Birthday To Me!!!

Alhamdulilah, Bertambah setahun lagi usia. Dah masuk 36 tahun aku melihat dunia ni. Dengan segala macam cabaran, dugaan, kejayaan, kegembiraan, kesedihan dan macam-macam lagi. Sedih ada, gembira pun ada. Sedih kerana aku dah semakin hampir nak meniti usia 40an...Gembira atau dalam erti kata lain, syukur kerana diberi peluang utk menikmati sisa-sisa hidup ini.
Doa aku, dalam usia 36 tahun ini, banyak kejayaan-kejayaan dunia dan akhirat yang dapat aku kecapi. Kesihatan yang baik. Kasih sayang yang melimpah ruah dan rezeki yang tiada batas penghujung.

Ammar Faaidz

Ini anak saudara yang terbongsu...Rasanya dari 27 orang anak saudara. Ramainya. apakata pun, kalau time hari raya...mau kopak poket mak dan bapa saudara.
Umur? Baru nak masuk 2 tahun 27.3 ni. Cakap pun masih pelat. Tapi bakal dapat adik tak lama lagi. Mungkin dalam bulan 5 ni kot. Tinggal di Ambangan Height Sungai Petani, Kedah. Anak cikgu Fazilah dan Encik Mohamad Asri. Pagi-pagi bila mak dengan abah pergi keja, dia kena tinggal dengan sorang lagi mak saudara...Kak Chik. Tapi Ammar panggil, mak. Dekat abang ipar pula dia panggil ayah.
Waktu kecik, putih je...tapi bila dah agak besar...kelabu jerk...
ni gambar dia. Waktu ni tengah dok makan nasi. Makan nasi kicap campur sayur brokoli dengan ikan. Nampak dalam gambar, bulatnya pipi...padahal kalau tengok kat luar, kurus keding! Payah nak makan.
Baju yang dia pakai tu, aku (makcik dia) yang belikan...
Pantang aku telefon, dia yang sibuk nak cakap. Walaupun masih pelat. Keluarlah sebutan Chik dari mulut dia tu bila mama dia suruh panggil aku...Tapi yang best bila dia sebut crane...jadi "khenngg"..
Nak mandi cukup payah...bukan setakat nak mandi, nak basuh bila dia berak pun payah...
Apapun, harap-harap, bila dia besar nanti, dia akan jadi anak dan insan yang berguna dan berjaya dan berjasa kepada agama, ibu bapa, orang tua dan masyarakat.
Makcik SAyang Kamu Ammar!!!

PUDING JAGUNG


Bahan Puding

1 cawan susu cair*
1 tin jagung cream
1/2  cawan gula
4 sudu makan susu sejat
4 sudu makan tepung kastad *
1 peket agar-agar
3 biji telur *
3 cawan air
sedikit garam
* Dipukul sehingga sebati dan tidak berketul

Bahan Sos

1 tin susu cair
sedikit garam


Cara
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula & garam. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan bahan yang telah dipukul, susu cair dan juga jagung krim kedalam adunan agar-agar.
4. Perlahankan api dan kacau selalu supaya adunan tidak berketul. Angkat bila telah mendidih.
5. Untuk bahan sos, panaskan susu cair dengan sedikit garam menggunakan api yang perlahan. Tutup api  
    bila bahan sos mendidih.
5. Tuang sos bila hendak makan. Enak dihidangkan sejuk

AYAM GORENG KUNYIT

Ini ayam goreng kunyit yang saya masak semalam, 21/2/2010 atas permintaan hubby.

Bahan :-
250 gm ayam.
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Minyak utk menggoreng
* Dicincang /ditumbuk kasar


Untuk hiasan :-
1 labu bawang holland
2 biji cili merah [nak gantikan dengan capsicum pun okay]
1 biji tomato [dibelah 4]
Daun bawang/ daun ketumbar [saya tak letak pun]

cara-caranya:-
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit & perap dengan sos tiram dan bahan-bahan yang dicincang halus selama lebih-kurang 1 jam.
2. Panaskan minyak, goreng ayam dengan bahan perapan sehingga masak dan garing.
3. Masukkan bawang holland yang dihiris memanjang dan buah tomato.
4. Angkat dan hiaskan denga daun bawang/daun ketumbar.

***sedap makan dengan nasi panas-panas.

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH

IKAN MASAK ASAM


Bahan

Kepala ikan merah
[boleh juga gunakan ikan lain]

Bahan Dimesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 inci kunyit hidup

Bahan Sos

1 camca makan kerisik
1 cawan air asam jawa
500ml air

Bahan sampingan
1 biji tomato buah [belah 4]
Kacang bendi [ikut suka nak banyak mana]
2 camca makan minyak
garam & gula
Bunga kantan
Daun Kesom



Cara

1. Ikan dibersihkan
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua dan daun kesom
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa, kerisik, air dan buah tomato serta kepala ikan.
5. Setelah agak mendidih, masukkan kacang bendi & tambahkan perisa mengikut citarasa masing-masing
6. Masak hingga mendidih.




12 February, 2010

Balik Kampung

Petang ni, nak balik kampung suami. Nun jauh kat Terengganu. Cuma kali ni balik tak macam dulu-dulu. Dulu tu kalau balik mesti paling kurang 5 hari. Tapi sejak MIL dah passed away last year. Kita orang balik sekejap je. Lagipun, dulu balik duduk rumah mak. Sekarang kalau balik sana kena duduk rumah kakak ipar. Sebab rumah pusaka mak kat kuala terengganu, kampung tanjung dah disewakan pada orang. So,sekarang ni balik ke chendering. Malas juga nak duduk rumah kakak ipar lama-lama. Segan nak menyusahkan dia orang anak beranak. Walaupun memang ada satu bilik yang disediakan khas utk kita orang, tapi tak syoklah nak menyusahkan dia orang lama-lama. Lagipun, sempena CNY ni, mungkin dia orang ada perancangan sendiri ke apa ke...Duduk kat terengganu sampai 14hb pagi je.
        Tengahari 14hb...aku dgn hubby dah mula nak gerak ke Cherating. Percutian kali ni, kami duduk kat Impiana Resort. Ini 1st time dok kat situ. Tak tahulah best ke tak. Sebenarnya nak tempah kat hotel lain, tapi semua dah penuh. Yalah, cuti CNY kali ni memang panjang. Sampai 4 hari. So, sepertimana kami, ramailah yang merancang percutian keluarga. Buat tempahan secara online. Kalau US$ 77.98. Kalau RM mungkin sekitar RM260++ kot. Ini harga online, kalau biasanya, mungkin lagi mahal.
       Aku dengan hubby memang suka percutian tepi pantai. So, sejak kami kahwin, dah 9 tahun, aku mula jadi pengumpul cenderahati dari semua hotel dan resort yang kami pergi. Bukan apa, inilah tandanya kami pernah pergi ke tempat-tempat tu semua. Oh ya...lagi satu, sebab kami suka pergi bercuti, kerana hubbyku suka mandi kolam, dan aku pula suka mandi pantai. Bukan saja dalam negeri, tapi juga pantai di negara luar dah kami jelajahi. Tapi aku lagi suka pantai di Malaysia.
      Cuma satu kelemahan aku kalau pergi tepi pantai ni. Kulit aku sensitif sangat-sangat. Setiap kali balik ke rumah, maknanya aku akan menderita panahan matahari/sunburn. Ada kalanya muka akan hitam sampai 1 bulan lebih. Bukan tak buat persediaan. Pakai sunburn lotion, minum air banyak, pakai pelembap dan macam-macam...tapi langsung tak berkesan. Tapi tak apalah, kerana minat, aku ketepikan masalah tu.

11 February, 2010

Usia yang makin meningkat

Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah 42 hari kita menempuh tahun 2010. Aku pula, lagi 11 hari, usia pun meningkatlah setakah lagi. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku beruniform sekolah, sambil mengejar bas sekolah yang dipenuhi student-student lain. Rasanya baru semalam aku pergi interview kerja. Rasanya baru semalam aku menurunkan tandatangan pada borang nikah. Tapi kalau baru semalam, kenapa aku seolah-olah terlupa semua catatan perjalanan hidup aku. Apa yang aku alami sepanjang perjalanan ku itu.
memang terasa baru semalam aku masih berpakaian sekolah, tapi kena aku gagal mengingati setiap detik dan ketika sekiranya jalan itu baru ku tinggalkan. Kalau semalam aku pergi interview kerja, kenapa aku gagal mengingati apa yang aku lakukan ketika aku berpeluh cuba lulus temuduga tersebut. Dan kalau baru semalam aku menurunkan tandatangan pada borang nikah, kenapa aku gagal mengingati, setiap detik indah itu...
        Sebenarnya memang benar, masa telah berlalu. Dan kita juga sebenarnya telah lupa perincian pada perjalanan hidup kita sebelum ini. Alangkah ruginya aku kerana aku rasa...aku gagal memperincikan seluruh perjalanan hidup yang telah aku tempuh dulu. Tapi, mampukah aku melakukannya sekarang atau selepas ini...? Rasanya juga tak mungkin... Kerana memang begitulah fitrah hidup kita...

10 February, 2010

Kek Tiramisu Mudah

Semalam buat kek tiramisu. Walaupun tengah diet sekarang ni, tapi bila mengenangkan cream cheese yang dah lama terperuk kat fridge tu...buat jugalah. Ingat nak cuba buat cheese cake. Tapi malaslah pulak nak berlama-lama tunggu oven. So, yang senangnya buat tiramisu ni yang aku belajar drpd blog kak Hanieliza although saya dah modified ikut selera saya. Thanks kak for the briliant recipe...sedap...suka sangat!!!

Bahan-Bahan :

A
250gm cream cheese (saya pakai pilahdelpia punya...)
200 ml krim
100 gm gula kastor (ikut suka nak manis mana)
Susu pekat 3 sudu makan

B
Ladies Finger

C
Bancuhan nescafe (air,nescafe,susu) 200 ml
Serbuk koko

Cara-Caranya :
1. Pukul Cream cheese dengan gula kastor sampai creamy and smooth.
2. Masukkan susu dan krim, pukul sampai kembang and fluppy.
3. Dalam satu bekas, tak kiralah bekas apa pun, bulat atau 4 segi, for 1st layer atur ladies finger yang telah dicelup sekejap dalan air bancuhan nescafe. After that, lapis dengan bahan cream and finishing that layer dengan serbuk koko.
4. Ulang langkah 3 secara berselang seli sampai habis.
5. Sejukkan dalam fridge...after a few hours, bolehlah ngap!!!

Blog baru 10/2/2010

Ini blog aku yang terbaru. Sebab blog yang lama ada problem sikit...Walaupun aku lagi suka blog aku yang lama. Tapi nak buat macamana...Life must goes on...
Tak apalah...lagipun ini mungkin bak diri aku yang bakal menyambut birthday pada 22/2/2010 nanti. Serba baru dengan keazaman baru dan keyakinan baru. Harap-harap, sepertimana umur aku yang makin meningkat ni, kejayaan dalam hidup aku pun makin meningkat...Amin.
Dua tiga hari lagi nak sambut chinese new year...hmm...maknanya cutilah kita rakyat Malaysia ni utk 3-4 hari...Yea...bestnya. Bolehlah nak rehatkan dan tenangkan fikiran. Minggu ni memang letih gila. Maklumlah, my partner kat opis ni cuti panjang balik kampung kat Bintangor, Sarawak...New comer kat opis ni. 1st time nak rasa sambut CNY sebagai kakitangan kerajaan ni...So, kerja yang biasanya dibuat secara "take turn", kenalah buat sorang diri...Terkejar sana terkejar sini. Nasib baik sekarang dunia dah maju... internet memang memudahkan banyak kerja aku. Lagipun sambil buat kerja...kadang-kadang ngelat juga...layan tenet!!!
CNY ni juga dah rancang dengan hubby, nak balik Terengganu kejap. Jengok family in law kat sana. Lagipun nak balik ambil my new "baju kurung" yang tempah dekat SIL kat sana. Walaupun emak dan bapa mertua dah tak ada, rasanya hubungan kekeluargaan tu mesti diteruskan. Silaturrahim...berdosa kalau dipisahkan. Cerita tentang tempah baju kat SIL ni bukan apa, memanglah jauh bebenor. Tinggal di KL tapi tempah baju sampai ke Terengganu sana nun. Sebenarnya, aku saja buat macam tu. Kebetulan, SIL memang tak kerja, so, kalau aku tempah baju kat dia, masuk jugak duit poket dia...dari aku tolong orang luar, baik aku tolong family dulu. Lagi besar pahala aku dapat. Lagi satu, aku suka balik terengganu ni sebab makanan kat sana memang best. Sedap! Tapi satulah, aku rasa makanan kat Terengganu lebih mahal berbanding tempat-tempat lain kat Malaysia ni. Pernah satu tahun tu, bulan puasa. Kononnya aku dengan hubby pegi bazar ramadan kat K.Terengganu. Terkejut kau...sepotong kuih seri muka harganya RM1.00!!! Huh, kesian orang Terengganu, tingginya kos hidup...Kalau di sana, apa lagi makanan yang akan selalu ada dalam menu kalau dah balik sana. Mestilah nasi dagang, nasi minyak, kuih akok, nasi kunyit, nasi kuning, sata yang jadi pilihan. Lepas tu ada satu kuih yang aku cuma kenal bila dah kawin ni..kuih paung goreng...Tapi satu lagi yang aku perasan, makanan kat sana pelik-pelik sikit...
Lepas balik dari Terengganu, aku dengan hubby dah merancang nak pegi rehatkan badan dengan minda kat Cherating. Hotel pun aku dah tempah. Duduk kat Impiana. Ini 1st time nak duduk kat situ...tak taulah best ke tidak. Harap-harap bestlah. Aku dengan hubby memang suka pegi merehatkan diri kat tepi pantai ni. Tenang je...walaupun aku sebenarnya gayat bila duduk tepi pantai. Aku cukup takut tengok air laut. Selalunya kalau aku nak mandi air laut, aku just duduk kat gigi air je...lagipun, bukannya aku tau berenang...Hubby aku lainlah. Dia ni pun, pantang pergi bercuti/duduk kat hotel. Mesti suka berendam punya. Kalau boleh dari pagi sampai ke malam...Bagi aku, satu je yang leceh bila pegi ke tepi pantai ni...kulit aku jenis sensitif. Pakailah lotion utk sunburn jenama apa pun, mesti tak jalan punya. Selalunya member-member kat opis ni dah tahu, kalau aku balik muka hitam aja...mesti dah tau aku pergi berkelah...
So, after CNY, end of this month pula, kita akan menyambut Maulidur Rasul. Aku memang sayu bila memikirkan Kekasih Allah SWT. Alangkah bagusnya kalau aku hidup di zaman Baginda. Sebab zaman sekarang ni...sukarnya kita nak menaruh kepercayaan pada orang. Lagipun, aku mengharapkan kasih dariNya...
Hmm...dah agak panjang ngomelan aku. Aku stop dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/